travelog anak melaka

travelog anak melaka
simple girl with a big dream

Friday, 2 September 2016

Route & Tips Mt. Rinjani (5D4N)

Assalammualaikum..
izinkan sy share tentang route Sembalun - Senaru selama 5D4N ikut dari pandangan sy..moga manfaat..

Gunung rinjani yg berdiri megah dengan ketinggian 3726 meter dari paras laut terletak di daerah lombok tengah memang menjanjikan view yg owsem..masakan tidak, orang-orang tempatan & porter & guide menggelarkannya sebagai "serpihan syurga"...

Terdapat beberapa route iaitu Sembalun, Senaru, Torean (yg glemer), dan route dari bahagian selatan, Sesaot, Tetebatu & Pesugulan……… namun yg selalu jadi pilihan pendaki ialah route Sembalun – Senaru.

Route yg selalu jadi pilihan pendaki ialah naik dari sembalun dan turun ikut jalur senaru.. sebab katanya kalau ikut sembalun, kita akan jimat sekitar 700 meter berbanding naik ikut senaru..yaaaaaa, 700 meter je pun kan?nampak cam xde pape je 700 meter tu tapi percayalah, lepas stat mendaki, kalau boleh skip 10 meter pun da cukup bersyukur dahhh..huhuhu..then sampai di sembalun lawang, after register, boleh naik lorry pickup or ojek (rp20,000) ke desa Bawaq Nao,  menjimatkan lagi perjalanan sekitar 1 jam utk smpai ke pos 1 sembalun..so izinkan sy share pengalaman sy dalam misi menawan puncak anjani selama 5 hari 4 malam.


Route day 1

* bawaq nao ke pos 1 sembalun (9 am – 1145 am)
stat trek dari bawaq nao ni memang jimatkan masa selama 1 jam..sebab sy terserempak dgn 2 orang mamat indonesia yg naik ikut sembalun lawang seawal jam 8 am dan kami sama-sama sampai di pos 1 kul 1130 am..
perjalanan amat melelahkan sb kawasan savannah tbentang luas, kene plak panas terik, terasa mbakar kulit.



1st stop rest kat pos bayangan dengan mahasiswa Jakarta..belakang tu savannah yg meluas




* pos 1 sembalun ke pos 2 sembalun (12 pm – 1 pm)
again, pmandangan savannah…walaupun trek nampak macam landai tapi sy seringkali bhenti mencuri nafas..barangkali teriknya matahari di kawasan tebentang luas ni sangat memeritkan tekak dan mencurahkan keringat..walaupun terasa macam xjauh je cuma 1 jam, tapi lepas berehat 15 minit kat pos 1 tadi, langkah memang terasa semakin berat..berehat di jambatan betul-betul sebelum sampai pos 2 sangat melegakan dgn pokok yg rendang & angin sepoi-sepoi bahasa inggeris (kah!)

* pos 2 sembalun ke pos 3 sembalun (130 pm – 330 pm)
trek da stat menaik..pjalanan yg rata-rata sy baca kat blog cuma sejam atau paling lambat sejam setengah jadi 2 jam..mostly pendaki akan lunch kat sini..sama ada masak or tapau siap-siap dari bawah.

* pos 3 sembalun ke plawangan sembalun (430 pm – 10 pm)
selepas pos 3 sembalun ni memang korg akan berhadapan dengan erti penyesalan. Sy pun tak terkecuali.. hampir setiap 3 langkah sy akan berhenti lepaskan rasa mengah yg sangat menyeksakan..tanjakan yg takde belas kasihan tu seolah-olah tak kan habis..malam plak lebih mnyeksakan kan coz trek nampak hampir sama..gambar2 sepanjang perjalanan 1st day ni banyak kat handphone sy..tapi just before sampai kat plawangan sembalun, hp sy hang..so gambar tak tau la dapat dselamatkan ke tak..if lepas repair nanti ada gambar, sy akan letak kat sini..



Tips day 1

* porter
kalau boleh, hire la porter..memikul beban sebanyak 17.7kg di bahu sumpah tak best rasa…dan itu memang akan melambatkan pergerakkan..

* bekalan air
macam sy cakap, terik savannah mmg perlukan kita minum air lebih..tekak akan jadi sangat kering..dan sumber air hanya ada di pos 3 tapi agak jauh..sumber air di pos 2 lak macam kotor je sy tengok tapi ada je sy nampak porter yg tadah masuk botol..

* tisu basah/tisu kering
selama 8 ke 12 jam pendakian, mustahil la kan takde langsung nature call..huhuhu..di sini penting nya tisu basah, tisu kering, atau kitchen tisu pun boleh la kalau da terdesak sangat…(semoga tak melecet..KAH!)


* camp di pos 3 sembalun
jika sampai di pos 3 sembalun dah pukul 3 atau 4 petang, its better kalau kita bermalam di pos 3 saja. Sebab nya jika kita masih teruskan perjalanan ke plawangan sembalun, kita takkan sempat sampai sebelum malam. (kecuali kalau boleh lari naik di tanjakan penyesalan hingga ke plawangan sembalun)….Pendakian waktu malam sangat la tak digalakkan.

* head lamp
headlamp yg terang benderang amat penting kalau-kalau terpaksa gak mendaki malam hari..headlamp yg sy gunakan masa tu biasa-biasa je so sy seringkali berhenti utk memastikan sy berada di trek yg betul..so pendakian sy ke plawangan sembalun jadi semakin lambat..tapi kalau boleh elakkan, elakkan la ye…



Route day 2

* plawangan sembalun ke puncak anjani (10 am – 445 pm)
sy bahagikan route  ke puncak rinjani ni kepada 3 fasa..

1) phase I (10 am – 12pm)
fasa pertama ni da stat mendaki hampir 90 degrees vertical..plus pasir 5 langkah ke atas 3 langkah turun ke bawah..serius time ni kalau mental tak kuat kita akan give up.. sy pun sama, memang give up..bahang pasir je da cukup buat sy sangat stress..tapi di penghujung trek fasa pertama ni kita akan di sajikan dengan view danau segara anak..subhanAllah…sangat mengagum kan..hilang rasa give up yg bersarang kat kepala sepanjang 2 jam tadi sebab da terbayangkan owsem-ness view kat puncak, perasaan cepat-cepat nak sampai puncak anjani mcm da tak tertahan lagi…



anak rinjani, barujari yg malu-malu mengintai..ewahhh





2) phase II (1230 pm – 245 pm)
fasa kedua ni agak relax namun memang terasa ia saaaaaaangat panjang…walaupun trek nya masih berpasir tapi agak mendatar berbanding fasa pertama tadi..masa ni jangan mintak ade rasa nak terkencing ke ape ke..takde celah yg terlindung kau nak mencangkung ahahahahaha…

3) phase III (245 pm – 445 pm)
fasa ketiga ni, akan buat kau bercakap dgn diri sendiri “kenapa la aku menyeksa diri sendiri camni..kan bagus time ni aku tengah tengok wayang”…damn! Mendaki 3 langkah turun pula 2 langkah..berapa kali sy rasa nak pitam..tapi langkah terus di atur di trek yg berpasir & debu yg menggila



* turun dari puncak ke plawangan sembalun (530 pm – 730 pm)

1) phase III (530 pm – 6 pm)
turun memang best..guna tumit utk mengelakkan jatuh tersungkur..tapi berapa kali gak sy jatuh terlentang terduduk..but I think its better dari jatuh tersungkur & silap-silap terus ke gaung..

2) phase II (6 pm – 7 pm)
trek ni masa nak turun jadi sgt licin..bersedia utk jatuh terduduk bila-bila masa..masa kat trek fasa kedua ni sy dapat view sunset yg sgt laaa owsem…

3) phase I (7 pm – 730 pm)
lalu kat trek ni da gelap..so xnampak apa…hanya bergantung dgn headlamp so extra becaful coz turunan mencuram hampir 90 degrees..



Tips day 2

* waktu sesuai ke puncak anjani.
Selalunya pendaki akan mendaki ke puncak seawal jam 2 atau 3 pagi utk view sunrise walaupun tak di puncak..tapi yg paling penting, view segara anak dari puncak jika mendaki awal pagi memang sangat-sangat amazing..tapi selain dari factor tak larat (sebab sampai di plawangan sembalun jam 10 mlm) dan tak tahan sejuk yg teramat, sy memutuskan utk naik ke puncak pukul 8 pagi tapi terlewat bangun so start 10 pagi..sayangnya sampai puncak waktu petang sy tak dapat view segara anak…agak mengecewakan tapi takpe lah..da sampai puncak…alhamdulillah..tapi sy dapat view sunset yg lawa gile masa nak turun..


sunset mt rinjani





* bekalan air
masih bercakap betapa pentingnya bekalan air utk ke puncak terutama waktu siang di mana matahari betul-betul terasa seolah-olah atas kepala..berapa orang yg sy jumpa masa naik ke puncak telah kehabisan air.. sy jenis yg tak kuat minum air.. sy bawak 4liter air dan Alhamdulillah dapat kongsi dengan pendaki-pendaki yg memerlukan spanjang perjalanan naik dan turun.



2 liter air dsandang kat belakang (dlm beg merah)


2 liter air lagi di sangkut kat depan (tiub warna biru)







* bekalan makanan tenaga
utk kekalkan tenaga & elak rasa lapar sebab penat dan cuaca sejuk kat atas tu..

* ubat-ubatan
sy alami sakit kepala masa kat trek fasa pertama lagi tapi lupa bawak ubat..nasib baik sy ada bawak minyak angin…tonyoh sana sikit sini sikit, just nasib baik sakit tak lama…so penting utk bawak ubat tahan sakit & minyak angin atau counterpain…

* makan sebelum mendaki puncak
tolong makan! Sy konon xnak makan banyak takut nnti xlarat nak naik…ye betul, masa naik memang tak fikir lapar sebab terlalu penat & fikiran focus kat puncak… tapi bila on the way turun tu, lapar tahap berlobang perot nix yah cerita laaaa…

* masker/cap/sunglases
masker penting buat tutup hidung & mulut dari debu yg meng-crazy…cap n sunglases plak sebab perit silau naik ke puncak dengan matahari terik..sebab tu gak kot sy kena sakit kepala..



route day 3

* plawangan sembalun ke danau segara anak (230 pm – 6 pm)
trek berbatu yg amat la extreme..sy bayangkan camne la yg naik dari segara anak ke plawangan sembalun…turun pun seksanya 4 jam…so I guess kalau dari naik dari segara anak ke plawangan sembalun mungkin 8 jam kot..seksanya!!!batu besar bas goreng tepung!
Selepas sampai di jambatan ke berapa tak ingat..(tapi tandanya ada lubang kat tengah-tengah jambatan tu - tengok gambar) jalan dalam 400 meter akan jumpa trek menaik berbatu besar sebelah kiri…kat sini trek yg selalu pendaki menyasar…sebab kat situ kita akan nampak 3 trek, trek terus sangat jelas so memang kita akan ingat tu jalan yg betul..1 lagi trek ke kanan pun jangan ikut ye guys..sebab trek yg betul adalah trek memanjat batu tu..kalau perhatikan bebetul baru nampak sedikit tanda.



jambatan ni




So pastikan ikut laluan yg berbatu di sebelah kiri anda tu ye…lepas panjat batu tu, da nak sampai dah dalam sejam lagi…




end of trek plawangan sembalun ke danau, sebelum jumpa camp site segara anak



Sampai danau, turun ke kiri lebih landai dan dekat dgn gigi air & view terus mengadap anak rinjani, gunung barujari..cuma area situ agak crowded dgn pemancing..kalau ke kanan naik lagi ke atas agak jauh dari gigi air tapi kurang sikit orang camping kat situ..nak lagi best,jalan terus ikut trek sampai hujung, takde orang sangat…so kalau nk privacy, situ tempat paling sesuai..



hujung camp site segara anak, less people, more privacy






memilih camping celah-celah orang & bebetul view gunung barujari (cuak la gak tengok asap dia yg obvious sangat tu huhuhu)





Tips day 3

* things that u carry
kalau bleh elakkan bawak/sandang pape kat depan..tapi macam xberapa boleh nak elakkan je kan sb sy bawak beg 40 liter & camelbak water tube 2 liter..kat sini lah perlunya porter sebenarnya…sebab percaya lah, memang agak sukar nak turun batu-batuan tersebut dengan beg segala macam tu..tapi bila tengok porter bawak barang-barang, memang kagum weh..

* joran
jika anda pemancing, wajib la bawk joran..ikan sini sangat banyak ok…kat gigi air pun bleh tengok anak-anak ikan…rasa nak tuba je hahahahaha…tu sebab sy sengaja camp kat sebelah kumpulan anak-anak jati Lombok yg da duk kat situ 3 hari semata-mata nak memancing…bleh pinjam joran…umpan sosej dan sy dapat ikan besar tapak tangan weh


dapat ikan yeahhh





Route day 4

* segara anak ke plawangan senaru (1 pm – 4 pm)
trek yg menanjak vertical..trek batu dia memang extreme utk newbie cam sy ni..seringkali sy tertanya pada diri sy, mampu ke sy panjat dengan beban beg ni..serius dengan rasa kaki makin tak kuat, tenaga berkurangan, batu-batu tu sangat sukar bagi sy..




perasaan nak nangis kuasa dewataraya memang ada bila tengok trek dia wuwwuwuuwu




* plawangan senaru ke pos 3 senaru (5 pm – 730 pm)
actually perjalanan menurun dari plawangan senaru ke pos 3 senaru hanya makan masa sejam atau sejam setengah.. tapi sy bersama dengan mahasiswa dari Jakarta yg cedera (Eva), jadi sy pun tak sampai hati nak biarkan dia sorang-sorang dalam hutan senaru waktu malam..
kat trek ni 1st time sy tengok porter pun terjatuh…sy?tak payah tanya..jatuh tertiarap sampai berdarah bibir..trek berpasir licin,memerlukan kaki kita grip dengan kuat…tapi lepas hike 3jam dari segara anak naik ke plawangan senaru, kaki da tak mampu nak grip dengan kuat lagi…hujung jari sakit, kuku rasa nak tercabut..so redha je bila terjatuh..just pastikan tak kena batu atau terus ke gaung..tu je mampu masa tu…

p/s = 1 lagi pilihan kalau rasa tak nak mengadap menanjak vertical ke plawangan senaru ni ialah turun ikut jalur torean, n boleh camping kat gua susu..tapi jalan tu khabarnya ektreme dan tak ramai yg ikut lalu situ…(hasil risikan dan bertanya kat anak-anak jati Lombok kat khemah sebelah) – nasihat mereka, lebih baik ikut jalur senaru, biar menanjak pun tapi kiranya masih aman kalau nak dibandingkan dengan jalur torean…



tips day 4

* bekalan makanan
sy tak terfikir pun tentang ni tapi memang nasib baik sy masih mempunyai sebungkus roti tawar & sepeket mayonis..sejam hike, nikmat roti tawar dengan mayonis tak dapat nak di bayangkan…ia sangat membantu..percayalah!


makan sambil tengok view camni, ah lupa segala masalah weiiiii





* malam di hutan senaru
cerita ni sy tak nak dengar masa budak-budak mahasiswa ingat mengingati antara satu sama lain…sy tau mesti benda yg seram-seram..nanti sy akan over takut…cuma kalau terpaksa berjalan di waktu malam dalam hutan senaru, better berkumpulan..tu salah satu sebab gak kenapa sy tunggu Eva dan 2 orang lagi kawannya tu…jangan pentingkan diri..masa ni kita akan memerlukan antara satu sama lain


Route day 5

* pos 3 senaru ke senaru basecamp (930 am – 12 pm)
trek hutan & berakar..best..buatkan perjalanan turun ni sy berlari..ye, berlari..sebab sy pakai kasut yg lembut & takde preasure kat kaki so tu yg buat sy boleh berlari turun ke bawah..no wonder hampir semua porter pakai seliper jepun…ada yg siap berkaki ayam lagi..selesa is the main key..


tips day 5

* kasut
macam yg sy cakap, sebab sy amik keputusan pakai kasut lembut berbanding hiking boots, buatkan sy sangat selesa berlari turun..tak larat dah nak pakai hiking boots, jari & kuku kaki dah sakit yg teramat..so I think it’s a good idea if bawak kasut ekstra..or mungkin teva sandal ke..



ni la kasut lembut yg sy maksudkan tu...memang sangat membantu




CHECKLIST MY ITEMS

*  tent & sleeping bag
* day pack for summit attack/water bag
* headlamp/tent lamp/blinking lamp
* half glove/ full glove
* cap/snow cap/neck warmer/masker/sun glases
* sweater/raincoat/long john
* towel & good morning towel
* hiking boots/extra shoes/extra socks
* toiletries
* kitchen tisu/toilet tisu/wet tisu
* stove & gas yg secukupnya
* peralatan masak & makan
* pocket knife
* ubat-ubatan (pain killer/flu/counterpain/sakit perut)
* makanan yg cukup sepanjang 5 hari 4 malam
* makanan ringan
* kamera

* extra bateri/powerbank




lampu basikal yg berkelip-kelip..sangat berguna masa pendakian malam, letak kat beg..

Tuesday, 30 August 2016

Ubi Padi - pre wedding shot & Sufiyah Kenali Blogger

Assalammualaikum..

review di Ubi Padi ni sepatutnya sy tulis lebih awal dahulu tapi, atas faktor sibuk & lama-kelamaan terlupa, ia mengambil masa yg terlalu lama utk sy menulis tentangnya.. maafkan sy atas kekhilafan sy ini...

biar sy ceritakan serba sedikit tentang bagaimana sy jumpa Ubi Padi ni...sebenarnya, ia adalah saudara kepada pengantin sy, Nazman & Norfadilah.. pada mulanya kami bercadang nak outdoor shot kat sini selepas majlis persandingan mereka di Kuala Lumpur..tapi atas sebab kekangan masa & hari memang hampir nak hujan hari tu, jadi kami shot di Tasik Titiwangsa je..itu pun selepas 2 ke 3 posing, hujan lebat gila-gila...

ok, di pendekkan cerita, sy dapat offer dari seorang kawan utk rancangan sufiyah kenali blogger (photography blogger)..mulanya sy menolak sebab sy malu kot..tak pernah terfikir sy nak kena interview masuk tv bagai tu..tapi atas nasihat partner in crime sy, Chiko Azreen, sy terima offer tu...memendekkan lagi cerita, sy dapat idea utk shot pre wedding salah sorang bakal pengantin sy kat sana setelah dapat persetujuan dari dari owner Ubi Padi sendiri, Datuk / Dato (sy tak pasti) A. Rahman Hassan..mula-mula tak tau pun dia ada title Datuk/Dato tu sampai la masa jumpa dia, pekerja dia panggil dia camtu...bila sy panggil dia Datuk/Dato, di suruh panggil uncle je...dia dan isterinya, (it should be Datin I guess) Puan Sharifah Hawariah sangat humble orangnya..

tempat dah ada, tarikh di pilih 10 jan 2015 (lama da kan?hahhaha jangan kecam si pelupa macam sy), sy setting dengan Faz & Mazwan untuk pre wedding shot,  dan juga dengan Amar & Bibi untuk rakaman slot Sufiyah Kenali Blogger..juga dengan beberapa orang kawan-kawan dari GTCM (Girls Travel Club Malaysia / Gang Travel Club Malaysia) untuk menjayakan shot pada hari tu..sebelum ini, sy & Chiko Azreen (travel blogger) baru je selesai buat rakaman di studio untuk rancangan Sufiyah ini so kali ni dekat Ubi Padi buat 2nd shot pulak..


1st shot..nampak senyum gemuruh tu?huuuu



iye la tu ciknai! hahahahah



sy memulakan dengan shot Faz & Mazwan manakala Amar & krew merakam cara sy bekerja & berinteraksi dengan pelanggan sy..hampir 2 jam shot, kami brhenti rehat & Ubi Padi menyediakan kami hidangan ala kampung yg sangat owsem ok! mula-mula sy malu-malu, konon takde selera pastu tak tahan dah tengok ayam kampung goreng panas-panas, fuhhhh...memang sedap gile...makan ramai-ramai bawah rumah, menambah lagi selera...lepas lunch, kami sambung shoting..jom layan gambar sikit..










yang bercermin mata depan sekali tu owner Ubi Padi



 Amar & Bibi 







 ciknai yg di shot oleh amar yg di shot oleh sue =D
















dan lepas selesai shot utk Faz & Mazwan, tiba masa utk Amar & krew shot Chiko Azreen & geng-geng GTCM utk slot travel blogger pulak..sy pun terbabit sama so takde gambar masa rakaman tu..


sebelum shot untuk Chiko Azreen (travel blogger)


ni sy nak ceritakan sikit tentang Ubi Padi..ia terletak di alamat
PT 1438,LOT 673 Jln Sg.Jerang,Kpg Jawa Bt 18,Hulu Langat,Selangor
kawasan dia memang sangat luas..serius luas..huhuh..macam-macam aktiviti boleh dibuat kat sini..
buat famili day pun sangat sesuai, even untuk team buliding pun boleh..ada tapak khemah, 
mungkin boleh buat aktiviti sekolah/ipt/kolej..even ada beberapa kolam, ikan dia punya laaaaa ramai 
huhuhuhuhu (bahasa melayu ku failed!)

ok ni serba sedikit tentang Ubi Padi..cek it out!


KONSEP
• Terletak di Lembah Hulu Langat ,Selangor UbiPadi adala Dusun dalam Kampung yang dikelilingi Bukit Bukau dan kehijauan hutan dengan kejernihan anak-anak sungai yang mengalir .Pelawat-pelawat UbiPadi akan menikmati suasana yang tenang dan nyaman yang tidak Diperolehi di tempat-tempat lain berhampiran Kuala Lumpur .

• DIY (DO IT YOURSELF) yang ditawarkan UbiPadi ada keistemewaan tersendiri.Ia menjanjikan pengalaman santai yang berbeza untuk pelawat berkhemah,berkelah atau lawatan sambil belajar

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
Berkhemah dan berkelah dalam kawasan berpagar sepenuhnya,di tepi hutan dalam kawasan kampung
Lawatan sambil belajar peringkat Sekolah,Kolej dan kumpulan.
Summer Camp dan training Camps

AKTIVITI DALAMAN:
Memancing
Lawatan sambil belajar –mengenal Dusun buah-buahan UbiPadi/pengalaman menorah di ladang getah.
Pengalaman memetik sayur dan buah-buahan.
Pengalaman berkebun dan tunjuk ajar oleh pakar.

AKTIVITI LUARAN :
Menunggang kuda
Berakit Buluh merentasi Sungai Langat
Mendaki Gunung Nuang dan Jungle Trekking dipandu oleh pakar.

PERALATAN YANG BOLEH DISEWA:
Khemah,Beg tidur,dan lampu khemah.
Peralatan memancing
Peralatan memasak
Basikal dewasa dan kanak-kanak
Peralatan barbeque.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Tapak perkhemahan dan perkelahan.
Bilik mandi/tandas berasingan untuk lelaki dan wanita .
Bilik solat berasingan untuk lelaki dan wanita.
Tempat masak menggunakan dapur kayu dan barbeque
Memasak sendiri dengan sayur-sayuran organik,ikan segar (Fresh)dan ayam kampung yang dibela/ditanam di kawasan kebun .
Makan di atas daun pisang bagi mereka yang mahukan kelainan.



air pump pun ade kat sini, tak yah habis nafas kami nak tiup belon huhuhuhu..




terima kasih utk geng GTCM menjayakan shot arini

untuk keterangan lanjut boleh lah contact Ubi Padi di no telefon 019-7778590 atau di blog rasmi mereka  http://blog.ubipadi.com/ atau di laman rasmi facebook mereka https://www.facebook.com/www.ubipadi.com.my/


p/s = kebetulan jatuh pada harijadi sy yang ke 33, (menjadikan ia bertambah istimewa untuk sy sendiri) korang boleh tengok rakaman sufiyah yg ke udara pada 14 feb 2016 di sini : https://www.facebook.com/SDN-photography-397801840285018/videos



LAST BUT NOT LEAST, TERIMA KASIH UBIPADI...