travelog anak melaka

travelog anak melaka
simple girl with a big dream

Friday 16 November 2018

TIPS KarimunJawa

Assalammualaikum..

kali ini sy nak share tentang tips ke pulau karimun jawa, jepara, semarang, indonesia..full trip sy adalah selama 3 minggu bermula 15 oktober - 4 november 2018..tapi trip sy ke karimunjawa ni bermula pada 16 oktober (selasa) sampai 20 oktober (sabtu) selama 5 hari 4 malam..

jadi ayuh kita terus ke tip-tips yg mungkin berguna jika ada yg merancang ke karimunjawa nanti..lets check it out..

tips 1 : CUACA
make sure korang cek cuaca..sebab waktu terbaik pegi karimunjawa adalah musim panas..elakkan musim hujan sebab ombak besar & ada kemungkinan bot tidah dapat menyebrang dari pelabuhan kartini, jepara ke karimunjawa vice versa..if delay 1 hari mungkin takpe tapi kalau da delay 2 ke 3 hari kat jepara atau karimunjawa, ia mungkin akan melibatkan korang terpaksa ubah plan, itinerary or worst terlepas flight..waktu yg terbaik ke karimunjawa adalah end of may until october... elak juga cuti umum di indonesia & kalau boleh elakkan pergi weekend...waktu weekdays kurang sikit orang so boleh la buat mcm pulau peribadi huhuhu


tips 2 : DURATION
berapa lama yg cukup di karimunjawa?kalau tanya sy, seminggu pun tak cukup huhu..karimunjawa cantik wei..di samping banyak pulau-pulau kecil yg boleh korang lawati..tapi semua bergantung kepada cuaca jugak..contoh hari kedua snorkeling, sy cuba pujuk tukang bot ke pulau geliang sebab hari pertama snorkeling tak singgah pulau tu..memula dorang setuju tapi by the time nak ke sana, ombak besar so tak boleh hampiri pulau tu..tapi pada sy, 4 hari juga cukup untuk explore karimunjawa..


tips 3 : FERI, BOT LAJU atau FLIGHT?
ok, ni sy punya experience sendiri..naik feri siginjai memang murah, rp70k ke rp80k tapi perjalanan 5 jam..berbanding dengan speedboat bahari express rp150k (sekaliganda) hanya memakan masa 2 jam sahaja..bot juga selesa, ada aircond & confident tu lebih la sikit kan hahaha...sesiapa yg ada mabuk laut mcm sy memang patut sangat la naik speedboat..tak terasa pun duk atas laut...atau mungkin sy bantai membuta je sepanjang atas bot tu hahaha...tapi, jika korang kesuntukan masa, cuti terhad, sy memang sangat2 sarankan korang naik je lah flight..kenapa?meh sy buat kira-kira kat sini...


(basic kira-kira ini bermula dari semarang airport)

BOT LAJU BAHARI EXPRESS
1) bas trans semarang bandara ke terminal terboyo semarang city (45 minit) - rp3500 (by the time sy sampai sana, terminal terboyo tutup utk kerja baikpulih..dia berhenti agak jauh dari bas ke jepara..perit wei jalan tengah-tengah panas bawak beg dgn kelengkapan berkhemah 3 minggu hahaha)

2) local bus semarang ke jepara (2 jam) - rp30, 000 (seksa nya kena berhimpit + jalan jem + panas + at 1 point kena duduk bontot senget sebelah)

3) becak terminal jepara ke pelabuhan kartini (10 minit) - rp20, 000 (boleh kalau nak jalan kaki 1km tapi kalau musim panas, agak perit la kan..plus bawak beg macam bawak rumah)

4) tiket bot bahari express 1 way (2 jam) - rp150, 000 + rp2000 (insurans) + rp5000 (jetty entrance fees)

5) bilik di area pelabuhan kartini - rp130, 000 ke atas..serius guys, masa sy baca blog tentang karimunjawa, di situ ada tulis ada bilik rate rp50, 000...tapi harapan lah bila bilik termurah sy jumpa berharga rp130, 000 toilet share.. amik bilik ni sebab da takde bot ke karimunjawa sebelah petang..kena tunggu esok pagi..

so total semua sekali kos kalau ikut jalan darat & laut adalah rp340, 000 + masa dari semarang airport nak sampai ke pelabuhan kartini tu..cuma kalau memang nak relax, jalan2 kat pelabuhan kartini tu, then boleh la ikut jalan darat ke karimunjawa ni..

apa ada kat area sini? kura-kura ocean park, museum RA kartini dannnn datuk kame-hame-ha!



FLIGHT WINGS AIR
1) flight depart at 1120am everyday & arrive at 1150am (30 minit) - rp450, 000 (kalau naik air asia KUL 0755 - 0825 SRG..so memang cantik sangat la timing tu kalau flight dari kuala lumpur tak delay..

2) kereta dari karimunjawa airport ke pelabuhan atau masjid karimunjawa (centre point) - rp400, 000 (ok, pasal kereta dari airport ni yg menyebabkan sy tak jadi naik flight..sebab sy sorang tak larat lah nak bayar rp400, 000..so kalau korang kata lah 4 orang, sorang rp100, 000 utk ke centre point.

so total semua kos kalau naik flight rp550, 000 + jimat masa & tenaga..beza dalam rp200, +++ atau dalam rm60 macam tu...tepuk dada tanya sakit ke tak haha..



BONUS : PLANNING YOUR KARIMUNJAWA TRIP

subject to change :
subuh : 430am
zohor : 1130pm
asar : 230pm
maghrib : 530pm
isya : 630pm

Day 1 : arrive
- tak kira naik bot atau flight pun, hari pertama ni korang akan sampai dalam pukul 12pm kalau naik flight, 11pm kalau naik speedbot.
- boleh sewa motor (rp80, 000) lepas cek in homestay, hotel, etc.. round2 bukit love,bukit joko tuwo, trekking mangrove, pantai alano, pantai anora, pantai pancuran..
- atau boleh cek in ke wisma apung (rp300, 000) atau private island menjangan kecil (rp400, 000) atau menjangan besar (rp300, 000).. ada penangkaran hiu utk korang habiskan masa..kat menjangan besar tu hiu dia besar-besar & best la bagi sy..or boleh snorkeling keliling kawasan tu...

contact person :
1) asia jaya guesthouse : +62 812-8545-5653 (sebelah masjid, 100m dari pelabuhan, 100m dari alun-alun karimunjawa).. boleh sewa motor & amik sekali pakej snorkeling dgn dorang..

* sy tak stay kat sini sebab sy camping sepanjang di karimunjawa tapi sy sewa motor & amik pakej snorkeling dgn dorang..somehow dorang banyak tolong sy, sy tumpang letak beg, mandi kat sini..sy sangat2 terhutang budi kepada mereka..jadi ni je cara sy nak membalas jasa mereka pada sy..kalau korang ke sini, sampaikan salam dari Junainah ya..thanks in advanced.

2) ibu nurul wisma apung : +62 813-2511-0999
3) agus menjangan besar : +62 813-9166-1818
4) terlupa nak amik contact person kat menjangan kecil..tapi sini private island..cantik & bersih terjaga..mungkin korang boleh google..


Day 2 :
- snorkeling full day + lunch (rp175, 000) - 8am until 5pm


Day 3 :
- sewa motor & round atau cek in kat wisma apung, menjangan kecil / besar


Day 4 :
- pulang ke semarang by flight or boat..



ok guys, so far itu je perkongsian sy tentang tips-tips jika ke karimun jawa..
harap serba sedikit dapat membantu korang ye..nanti share lah gambar korang ke sana ekk

boleh follow perjalanan sy selama 3 minggu di IG : scardejavunai


p/s = sorry line internet sangat lembap utk sy sertakan gambar-gambar...nanti lah sy insert kemudian ekk..




















No comments: