travelog anak melaka

travelog anak melaka
simple girl with a big dream

Tuesday 30 August 2016

Ubi Padi - pre wedding shot & Sufiyah Kenali Blogger

Assalammualaikum..

review di Ubi Padi ni sepatutnya sy tulis lebih awal dahulu tapi, atas faktor sibuk & lama-kelamaan terlupa, ia mengambil masa yg terlalu lama utk sy menulis tentangnya.. maafkan sy atas kekhilafan sy ini...

biar sy ceritakan serba sedikit tentang bagaimana sy jumpa Ubi Padi ni...sebenarnya, ia adalah saudara kepada pengantin sy, Nazman & Norfadilah.. pada mulanya kami bercadang nak outdoor shot kat sini selepas majlis persandingan mereka di Kuala Lumpur..tapi atas sebab kekangan masa & hari memang hampir nak hujan hari tu, jadi kami shot di Tasik Titiwangsa je..itu pun selepas 2 ke 3 posing, hujan lebat gila-gila...

ok, di pendekkan cerita, sy dapat offer dari seorang kawan utk rancangan sufiyah kenali blogger (photography blogger)..mulanya sy menolak sebab sy malu kot..tak pernah terfikir sy nak kena interview masuk tv bagai tu..tapi atas nasihat partner in crime sy, Chiko Azreen, sy terima offer tu...memendekkan lagi cerita, sy dapat idea utk shot pre wedding salah sorang bakal pengantin sy kat sana setelah dapat persetujuan dari dari owner Ubi Padi sendiri, Datuk / Dato (sy tak pasti) A. Rahman Hassan..mula-mula tak tau pun dia ada title Datuk/Dato tu sampai la masa jumpa dia, pekerja dia panggil dia camtu...bila sy panggil dia Datuk/Dato, di suruh panggil uncle je...dia dan isterinya, (it should be Datin I guess) Puan Sharifah Hawariah sangat humble orangnya..

tempat dah ada, tarikh di pilih 10 jan 2015 (lama da kan?hahhaha jangan kecam si pelupa macam sy), sy setting dengan Faz & Mazwan untuk pre wedding shot,  dan juga dengan Amar & Bibi untuk rakaman slot Sufiyah Kenali Blogger..juga dengan beberapa orang kawan-kawan dari GTCM (Girls Travel Club Malaysia / Gang Travel Club Malaysia) untuk menjayakan shot pada hari tu..sebelum ini, sy & Chiko Azreen (travel blogger) baru je selesai buat rakaman di studio untuk rancangan Sufiyah ini so kali ni dekat Ubi Padi buat 2nd shot pulak..


1st shot..nampak senyum gemuruh tu?huuuu



iye la tu ciknai! hahahahah



sy memulakan dengan shot Faz & Mazwan manakala Amar & krew merakam cara sy bekerja & berinteraksi dengan pelanggan sy..hampir 2 jam shot, kami brhenti rehat & Ubi Padi menyediakan kami hidangan ala kampung yg sangat owsem ok! mula-mula sy malu-malu, konon takde selera pastu tak tahan dah tengok ayam kampung goreng panas-panas, fuhhhh...memang sedap gile...makan ramai-ramai bawah rumah, menambah lagi selera...lepas lunch, kami sambung shoting..jom layan gambar sikit..










yang bercermin mata depan sekali tu owner Ubi Padi



 Amar & Bibi 







 ciknai yg di shot oleh amar yg di shot oleh sue =D
















dan lepas selesai shot utk Faz & Mazwan, tiba masa utk Amar & krew shot Chiko Azreen & geng-geng GTCM utk slot travel blogger pulak..sy pun terbabit sama so takde gambar masa rakaman tu..


sebelum shot untuk Chiko Azreen (travel blogger)


ni sy nak ceritakan sikit tentang Ubi Padi..ia terletak di alamat
PT 1438,LOT 673 Jln Sg.Jerang,Kpg Jawa Bt 18,Hulu Langat,Selangor
kawasan dia memang sangat luas..serius luas..huhuh..macam-macam aktiviti boleh dibuat kat sini..
buat famili day pun sangat sesuai, even untuk team buliding pun boleh..ada tapak khemah, 
mungkin boleh buat aktiviti sekolah/ipt/kolej..even ada beberapa kolam, ikan dia punya laaaaa ramai 
huhuhuhuhu (bahasa melayu ku failed!)

ok ni serba sedikit tentang Ubi Padi..cek it out!


KONSEP
• Terletak di Lembah Hulu Langat ,Selangor UbiPadi adala Dusun dalam Kampung yang dikelilingi Bukit Bukau dan kehijauan hutan dengan kejernihan anak-anak sungai yang mengalir .Pelawat-pelawat UbiPadi akan menikmati suasana yang tenang dan nyaman yang tidak Diperolehi di tempat-tempat lain berhampiran Kuala Lumpur .

• DIY (DO IT YOURSELF) yang ditawarkan UbiPadi ada keistemewaan tersendiri.Ia menjanjikan pengalaman santai yang berbeza untuk pelawat berkhemah,berkelah atau lawatan sambil belajar

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
Berkhemah dan berkelah dalam kawasan berpagar sepenuhnya,di tepi hutan dalam kawasan kampung
Lawatan sambil belajar peringkat Sekolah,Kolej dan kumpulan.
Summer Camp dan training Camps

AKTIVITI DALAMAN:
Memancing
Lawatan sambil belajar –mengenal Dusun buah-buahan UbiPadi/pengalaman menorah di ladang getah.
Pengalaman memetik sayur dan buah-buahan.
Pengalaman berkebun dan tunjuk ajar oleh pakar.

AKTIVITI LUARAN :
Menunggang kuda
Berakit Buluh merentasi Sungai Langat
Mendaki Gunung Nuang dan Jungle Trekking dipandu oleh pakar.

PERALATAN YANG BOLEH DISEWA:
Khemah,Beg tidur,dan lampu khemah.
Peralatan memancing
Peralatan memasak
Basikal dewasa dan kanak-kanak
Peralatan barbeque.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Tapak perkhemahan dan perkelahan.
Bilik mandi/tandas berasingan untuk lelaki dan wanita .
Bilik solat berasingan untuk lelaki dan wanita.
Tempat masak menggunakan dapur kayu dan barbeque
Memasak sendiri dengan sayur-sayuran organik,ikan segar (Fresh)dan ayam kampung yang dibela/ditanam di kawasan kebun .
Makan di atas daun pisang bagi mereka yang mahukan kelainan.



air pump pun ade kat sini, tak yah habis nafas kami nak tiup belon huhuhuhu..




terima kasih utk geng GTCM menjayakan shot arini

untuk keterangan lanjut boleh lah contact Ubi Padi di no telefon 019-7778590 atau di blog rasmi mereka  http://blog.ubipadi.com/ atau di laman rasmi facebook mereka https://www.facebook.com/www.ubipadi.com.my/


p/s = kebetulan jatuh pada harijadi sy yang ke 33, (menjadikan ia bertambah istimewa untuk sy sendiri) korang boleh tengok rakaman sufiyah yg ke udara pada 14 feb 2016 di sini : https://www.facebook.com/SDN-photography-397801840285018/videos



LAST BUT NOT LEAST, TERIMA KASIH UBIPADI...


No comments: