travelog anak melaka

travelog anak melaka
simple girl with a big dream

Tuesday 30 August 2016

Ubi Padi - pre wedding shot & Sufiyah Kenali Blogger

Assalammualaikum..

review di Ubi Padi ni sepatutnya sy tulis lebih awal dahulu tapi, atas faktor sibuk & lama-kelamaan terlupa, ia mengambil masa yg terlalu lama utk sy menulis tentangnya.. maafkan sy atas kekhilafan sy ini...

biar sy ceritakan serba sedikit tentang bagaimana sy jumpa Ubi Padi ni...sebenarnya, ia adalah saudara kepada pengantin sy, Nazman & Norfadilah.. pada mulanya kami bercadang nak outdoor shot kat sini selepas majlis persandingan mereka di Kuala Lumpur..tapi atas sebab kekangan masa & hari memang hampir nak hujan hari tu, jadi kami shot di Tasik Titiwangsa je..itu pun selepas 2 ke 3 posing, hujan lebat gila-gila...

ok, di pendekkan cerita, sy dapat offer dari seorang kawan utk rancangan sufiyah kenali blogger (photography blogger)..mulanya sy menolak sebab sy malu kot..tak pernah terfikir sy nak kena interview masuk tv bagai tu..tapi atas nasihat partner in crime sy, Chiko Azreen, sy terima offer tu...memendekkan lagi cerita, sy dapat idea utk shot pre wedding salah sorang bakal pengantin sy kat sana setelah dapat persetujuan dari dari owner Ubi Padi sendiri, Datuk / Dato (sy tak pasti) A. Rahman Hassan..mula-mula tak tau pun dia ada title Datuk/Dato tu sampai la masa jumpa dia, pekerja dia panggil dia camtu...bila sy panggil dia Datuk/Dato, di suruh panggil uncle je...dia dan isterinya, (it should be Datin I guess) Puan Sharifah Hawariah sangat humble orangnya..

tempat dah ada, tarikh di pilih 10 jan 2015 (lama da kan?hahhaha jangan kecam si pelupa macam sy), sy setting dengan Faz & Mazwan untuk pre wedding shot,  dan juga dengan Amar & Bibi untuk rakaman slot Sufiyah Kenali Blogger..juga dengan beberapa orang kawan-kawan dari GTCM (Girls Travel Club Malaysia / Gang Travel Club Malaysia) untuk menjayakan shot pada hari tu..sebelum ini, sy & Chiko Azreen (travel blogger) baru je selesai buat rakaman di studio untuk rancangan Sufiyah ini so kali ni dekat Ubi Padi buat 2nd shot pulak..


1st shot..nampak senyum gemuruh tu?huuuu



iye la tu ciknai! hahahahah



sy memulakan dengan shot Faz & Mazwan manakala Amar & krew merakam cara sy bekerja & berinteraksi dengan pelanggan sy..hampir 2 jam shot, kami brhenti rehat & Ubi Padi menyediakan kami hidangan ala kampung yg sangat owsem ok! mula-mula sy malu-malu, konon takde selera pastu tak tahan dah tengok ayam kampung goreng panas-panas, fuhhhh...memang sedap gile...makan ramai-ramai bawah rumah, menambah lagi selera...lepas lunch, kami sambung shoting..jom layan gambar sikit..










yang bercermin mata depan sekali tu owner Ubi Padi



 Amar & Bibi 







 ciknai yg di shot oleh amar yg di shot oleh sue =D
















dan lepas selesai shot utk Faz & Mazwan, tiba masa utk Amar & krew shot Chiko Azreen & geng-geng GTCM utk slot travel blogger pulak..sy pun terbabit sama so takde gambar masa rakaman tu..


sebelum shot untuk Chiko Azreen (travel blogger)


ni sy nak ceritakan sikit tentang Ubi Padi..ia terletak di alamat
PT 1438,LOT 673 Jln Sg.Jerang,Kpg Jawa Bt 18,Hulu Langat,Selangor
kawasan dia memang sangat luas..serius luas..huhuh..macam-macam aktiviti boleh dibuat kat sini..
buat famili day pun sangat sesuai, even untuk team buliding pun boleh..ada tapak khemah, 
mungkin boleh buat aktiviti sekolah/ipt/kolej..even ada beberapa kolam, ikan dia punya laaaaa ramai 
huhuhuhuhu (bahasa melayu ku failed!)

ok ni serba sedikit tentang Ubi Padi..cek it out!


KONSEP
• Terletak di Lembah Hulu Langat ,Selangor UbiPadi adala Dusun dalam Kampung yang dikelilingi Bukit Bukau dan kehijauan hutan dengan kejernihan anak-anak sungai yang mengalir .Pelawat-pelawat UbiPadi akan menikmati suasana yang tenang dan nyaman yang tidak Diperolehi di tempat-tempat lain berhampiran Kuala Lumpur .

• DIY (DO IT YOURSELF) yang ditawarkan UbiPadi ada keistemewaan tersendiri.Ia menjanjikan pengalaman santai yang berbeza untuk pelawat berkhemah,berkelah atau lawatan sambil belajar

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
Berkhemah dan berkelah dalam kawasan berpagar sepenuhnya,di tepi hutan dalam kawasan kampung
Lawatan sambil belajar peringkat Sekolah,Kolej dan kumpulan.
Summer Camp dan training Camps

AKTIVITI DALAMAN:
Memancing
Lawatan sambil belajar –mengenal Dusun buah-buahan UbiPadi/pengalaman menorah di ladang getah.
Pengalaman memetik sayur dan buah-buahan.
Pengalaman berkebun dan tunjuk ajar oleh pakar.

AKTIVITI LUARAN :
Menunggang kuda
Berakit Buluh merentasi Sungai Langat
Mendaki Gunung Nuang dan Jungle Trekking dipandu oleh pakar.

PERALATAN YANG BOLEH DISEWA:
Khemah,Beg tidur,dan lampu khemah.
Peralatan memancing
Peralatan memasak
Basikal dewasa dan kanak-kanak
Peralatan barbeque.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Tapak perkhemahan dan perkelahan.
Bilik mandi/tandas berasingan untuk lelaki dan wanita .
Bilik solat berasingan untuk lelaki dan wanita.
Tempat masak menggunakan dapur kayu dan barbeque
Memasak sendiri dengan sayur-sayuran organik,ikan segar (Fresh)dan ayam kampung yang dibela/ditanam di kawasan kebun .
Makan di atas daun pisang bagi mereka yang mahukan kelainan.



air pump pun ade kat sini, tak yah habis nafas kami nak tiup belon huhuhuhu..




terima kasih utk geng GTCM menjayakan shot arini

untuk keterangan lanjut boleh lah contact Ubi Padi di no telefon 019-7778590 atau di blog rasmi mereka  http://blog.ubipadi.com/ atau di laman rasmi facebook mereka https://www.facebook.com/www.ubipadi.com.my/


p/s = kebetulan jatuh pada harijadi sy yang ke 33, (menjadikan ia bertambah istimewa untuk sy sendiri) korang boleh tengok rakaman sufiyah yg ke udara pada 14 feb 2016 di sini : https://www.facebook.com/SDN-photography-397801840285018/videos



LAST BUT NOT LEAST, TERIMA KASIH UBIPADI...


Wednesday 24 August 2016

South India Solo Travel | Day 8 | Hyderabad - fly back to the moon!

Assalammualaikum..
trip yg sy sangat takut nak pergi masa mula-mula dulu, dah pun sampai ke hari terakhir..


Day 8 (1/9) - HYDERABAD - MALAYSIA (rs1,050 + rs1000)


Lepas sarapan kat hotel, sy decide pegi gak ke ramoji film city tu…da alang-alang sampai kan…keluar dari hotel, sy ke kiri utk ke atm yg tak berapa jauh dari situ…pas withdrawal rs1000, sy tahan auto ke ramoji film city (rs250)…sb da ade bajet, sy malas da nak naik bas, malas nk sesat sesat…last day ni masa jadi sangat berharga…naik auto boleh sampai terus depan pintu kaunter tiket ramoji film city..tapi kan, tak tau la kenapa sy dengan scene tayar pancit memang tak dapat nak di pisahkan…bleh plak auto yg sy naik tu pancit…huhuhuh..sabar je lah junainah! Auto antar sy bebetul depan pintu entrance tiket… fee (rs900) dan sempat beli mineral water (rs20)..masuk je akan ada bas tunggu utk bawak kita ke pintu masuk yg terletak boleh tahan jauhnya…





Lagi sekali, sy naik autospace ride (rs30) dan sy sangat menyesal…pening woiiiii….dengan takde translation in english masa tu..rasa nak nangis mintak kelua je…jalan-jalan sampai berlubang perut & makan kat food court dalam tu (rs230)…sedap tau nasik beriyani dia…lepas makan mula laaaa malas nk jalan…naik bas merah yg omey tu, ikut je mana dia bawak…siyes time ni memang da malas, penat, kaki da stat sakit, eh macam macam penyakit timbul…




show ni best




Ah, baik sy balik ke airport lah camni…so sebelum klua tu sy sempat la beli tshirt seketul (rs450)..sy kira tu tindakan yg berani ye sb sy da tinggal berapa rupee je ni…tak pe la sy fikir kelua nanti mesti ada transport ke airport…







Sungguh keje gila sy hari terakhir ni…dengan duit yg tinggal baki tak sampai rs200, atau lebih tepat tinggal rs170 itupun bercampur dengan duit-duit syiling...huhuhu..sy memang tak cukup duit nak directly ke airport dgn teksi…auto takde ke airport sb jaraknya hampir 50km dari ramoji film city ni…mau terbarai auto kalau sampai ke sana…rata-rata sy tanya rate ke airport, rs500…penat mintak kurang tapi hampa…kau ingat dia nak ke pegi airport dengan harga rs170 hanya sebab itu je yg kau ada?hahahaha...ala, tak salah cuba kan kan kan? actually, cemas da masa tu huhuhuhu








Sy duduk bawah pokok dan cuba bertenang..then sy ternampak ada 1 bas mini yg penuh dgn beg-beg seolah-olah sama ada baru sampai dari airport or nak ke airport…sy terus tegur driver bas mini tu, sayangnya dia langsung tak paham broken English..yg sy faham, dia nak ke airport..tu pun mungkin dia hanya paham perkataan airport je yg klua dari mulut sy hahahah..so sy tanya boleh nak tumpang pun dia tak faham..jadi sy mintak bantuan driver teksi utk translate kan utk sy, dan sy ofer dia rs150 kalau dia bagi sy tumpang sampai airport..

Well, dari translation, dia takut nak bagi sy tumpang sb dia drive private group, kalau sy nak tumpang gak, sy kene tanya penumpang tu sendiri…tapi baik sy naik bus ke sana…(dia macam tak nak sy tumpang)..sy kata, takpe sy tunggu grup yg nak ke airport tu keluar dari ramoji, nnti sy akan mintak izin nak tumpang…dan sy nampak dia tak selesa…tapi sy buat keras hati je tunggu kat situ…

Tapi lambat pulak group tu keluar…dan tiba-tiba driver mini bas tu dtg kat sy, suh naik bas kawan dia, cakap “airport,airport”…so sy ingatkan bas tu pun nak ke airport, sy terus lompat naik walaupun hati sy saaaaaangat berat…memang patut pun kenapa sy berat hati tadi..rupa-rupanya bas tu menghala ke LB Nagar bus station, connecting bus to airport…pastu igtkan free dia bagi tumpang, sekali dia mintak sy rs150 daaaa….ni mesti driver tadi bagitau kat dia yg sy bleh bagi rs150…memang la sy ada rs150 tapi kang kalau nak ke airport lak berapa plak kene kan!sy explen kat driver bas tu  sambil tunjuk semua duit baki yg tinggal (sy tak rasa dorg paham) mintak kurang nak bagi rs50 je…tapi mungkin kesian kot, bila sy nak turun bas, sy hulur duit driver tu menolak..alhamdulillah rezki sy =D

Bila sampai kat LB Nagar bus station tu skali lagi sy di uji bila sy tengok, bas ke airport rs200!!sy tak cukup rs30!! masa ni sy menjerit dalam hati, PULANGKAN BALIK rs30 SAYA NAIK AUTOSPACE RIDE TADI!!!! sobssss...sy cuba explen kat kaunter tiket tu tapi dia menolak mentah-mentah…cissss….sy da mati kutu daaaa bila bas ke airport bebetul di depan sy tadi berlalu camtu je…jam da kul 8 pm…cemas doh..flight sy kul 1155pm..sy bajet nak sampai ke airpot kul 9 malam..sy tanya dari LB Nagar ni ke airport dalam sejam lebih…ok cemas kuasa lapan…tengok kat timetable, ada bas kul 830 malam…nak di jadikan cerita, bas kul 830 malam takde okeh!!!!!




Sumpah masa ni sy sangat stress, mula la sy fikir, if I trust my guts utk stay je tunggu group kat ramoji tu kelua, mesti sy da selamat ke airport da ni..tapi tiba-tiba ada 1 mamat ni tegur sy..and English dia quite good…so sy borak-borak je dengan dia (menghilangkan rasa gelabah puyuh & sebenarnya nak pinjam dia rs30 kalau dia bagi hahahahahahahah)..pastu bila sy bagitau sy dari malaysia, dia kata dia suka Malaysia blablabla…bila dia cakap dia teringin nak tengok duit Malaysia, sy cepat-cepat keluarkan wallet sy dan bagi dia duit seringgit (intro baik utk pinjam rs30)..nak tau tak, dia punye hepiiiiiiiiiii…belum sempat sy bukak mulut, tiba tiba dia cakap dgn sy “u wait here”…

Sy ingat kenapa…rupanya dia tahan teksi, dan siap-siap mintak kurang utk sy…pastu, pakcik kat kaunter tu pun cam sibuk-sibuk gak menolong tahankan teksi utk sy (tadi kau eksen kan tak bagi naik bas kau), sy pun bagi la dia duit seringgit..(nasib baik ada banyak duit seringgit dalam wallet sy masa tu)..tapi kenapa la tadi sy tak terfikir nak pinjam pakcik kaunter ni rs30 n bagi je dia duit seringgit ni kan…

At last, lepas 4-5 teksi yg dorg tahan, dorang berjaya dapatkan sy 1 teksi yg direct ke airport dengan tambang hanya rs100!! Alhamdulillah…sy merasa lega yg amat sangat bila sy dapat naik teksi tu dan mamat tadi tu berulang kali pesan dgn sy hanya perlu bagi driver teksi tu rs100 saje, jangan lebih…bersungguh sungguh dia…siap cam warning lagi driver teksi tu mungkin jangan pau adik angkat dia ni…hahahahhaa tetibe je da jadi adik angkat kan…dan sy janji gak nak bagi driver teksi tu duit Malaysia…

Sy sampai airport kul 10 malam…lepas bayar (rs100) dan bagi teksi driver tu duit seringgit 2 keping, sy berlari ke departure hall..kat situ jumpa balik kekawan GTCM, dan dengan baki yg ade, dapat la sy beli air kat vending machine..

Alhamdulillah saat boarding, lega rasa semua selamat & yg paling penting sy tak kena sakit perot..hahhaa…walaupun flight delay almost 3 jam, ada abang sebelah yg owsem  & borak2, tak jadi masalah besar utk sy…


Habis la cerita utk trip Hyderabad ni…nak sambung cerita trip ape ye pasni?huhuhuhu


KOS DAY 6 (1/9) BAKI : (rs1,050 + rs1,000 = rs2,050)

auto to ramoji film city (rs250)
ramoji film city entrance (rs900)
mineral water (rs20)
autospace ride (rs30)
makan (rs230)
t-shirt (rs450)
taxi to aiport (rs100)


jumlah kerugian tapi kebahagiaan (rs1,980)


(rs2,050 - rs1,980 = rs70)





















Tuesday 23 August 2016

South India Solo Travel | Day 7 | Hyderabad

Assalammualaikum...
tiba sudah perjalanan hari ke 7..2nd last day before fly back to negara ku tercinta..

Day 7 (31/8) - HYDERABAD (rs1,717)


lovely morning from Hyderabad


Selamat pagi dari Hyderabad! pagi-pagi telah di kejutkan penjaja jual teh & kopi panas..dan bunyik orang-orang sibuk nak sarapan dalam train...


time to breakfast


Sampai kat Kacheguda train station kul 1030 am, matahari da meninggi..keluar je train station tu, sebelah kiri ade rail museum..sayangnya hari isnin dia tutup…haih…dan macam biasa sy dikerumuni driver tuk tuk yg siap bawak pamplet pakej tempat2 menarik sekitar Hyderabad ni..boleh tahan harganya dalam rs300 ke rs500..

macam best kan?


Tapi sy amik keputusan keluar jalan kaki ke jalan besar dan nampak stesen bas bebetul depan sy…lagipun sy takde rushing nak pun..so decide naik bas je..tanya-tanya orang kat situ bas ke Lumbini Park, sy jump in bas no 141/83..entrance fee (rs10)..kat sini ready kene cek 1 badan dan tak bleh bawak masuk beg..ade cloak room dsediakn (rs10)





Then naik bot ke Husin Sagar Lake, ade Buddha statue sgt besar kat tengah2 tu rs55 tapi sy bagi (rs60) tak dapat baki (- . -)..sebelum tu sempat beli jambu yg maha sedap sebijj (rs10) dan sebotol air fulfill kat watertube (rs25)



Dari Husin Sagar Lake, sy jalan kaki 500 meter ke NTR Garden..tak pelik la sepanjang jalan nk ke sana tu ramai driver tuk tuk berhenti n ofer bawak sy terusmke pintu masuk NTR Garden…jauh nau katanya…tapi mujurla kan sy da buat research distance so tau 500 meter tak jauh mana… kat NTR Garden pun kene cek 1 badan n tak bleh bawak masuk beg..entrance fee (rs20) & cloak room (rs10)..sebab malas nk jalan kaki (dek kerana kasut tak selesa), sy ride park train (rs15) ..

jambu ni kalau jumpa wajib try.sedap lagi best


Lepas  pusing 1 taman tu, sy keluar jalan kaki ke jalan besar utk balik ke hotel geng-geng GTCM (Girls Travel Club Malaysia) dengan bas (rs7)…tak naik tuk tuk sebab duit da nak habis..sy diturunkan entah di mana, jalan kaki sesat birat bagai baru jumpa Grand Elite Hotel yg terletak di Napally Road..sampai kat sana, dorang semua takde..pegi Ramoji Film City..sy mintak dorg bukak bilik utk sy berehat, dorg tak benarkan…sy da stuck…ahh sudah…tak larat nak tunggu, sy duk tanya tnya reception hotel tu, mane tempat menarik, dia sebut banjara hill,naik bas no 127k/8c (rs10)




Da sampai banjara hill tu, sy terpinga-pinga…ape yg best kat sini…huhuu..cuma sini kawasan cam orang kaya-kaya duduk, rumah besau besau belaka…then tanya lagi ape yg best kat kawasan ni..dorg kata bla blab la bla (tak paham) film…
Oh, sy dengar film je, sy terbayangkan mungkin something like ramoji film city…so menapak laaaa sy ke sana…sekali panggung wayang cite tamil daaaaa…hukhukkkk….tapi tak pe laaaa dapat gak eksersais (sedapkan hati)..

Naik bas no yg sama (rs10) balik ke napally road dgn doa dan harapan dorang semua da balik..tak larat nak tunggu plus lapar…naik bas balik waktu petang memang sangat mnyesakkan, dengan bau bawang dan kentang (sesekali ada bau kentut), plus bau diri sendiri da memang cam kambing, bertabah je lah!



Bila da balik, dorang pun da sampai, letak beg & sy begging dorg ajak gi makan..huhuhuhu…so dalam 6 orang jalan kaki carik makan…memula decide nk makan street food je tapi last-last kitorang gi masuk restoran..well, share share makan sb portion besau, so kos makan  utk arini (rs480)…sy tak sempat nak snap2 gambar makan, lapau sangat..hahha

Dalam perjalanan balik ke bilik, sambil tu sy tanya-tanya kat dorg pasal ramoji film city tu, worth ke tak nak pegi…sy berkira-kira nak pegi sb duit da tak cukup kalau nak ke ramoji tu…kalau nk pegi gak, sy kene withdraw rs1000 minimum sb entrance fee ramoji je da rs900..duit baki yg sy ada tu cukup la kot utk makan, transportation ke airport yg paling penting…bila sampai kat bilik, nak mandi, baru nampak betapa burned nya sy!huihhhhh….tak dapat terima kenyataan kejap hahahhaha…


 burned


Perot da kenyang, so, mentidurkan diri je la….plan utk last day Hyderabad?belum pikir..nanti-nanti la pikir…selamat malam!


KOS DAY 7 (31/8) BAKI : (rs1,717)

lumbini park entrance (rs10)
lumbini park cloak room (rs10)
husin sagar lake boat (rs60)
jambu (rs10)
mineral water (rs25)
NTR garden entrance (rs20)
NTR garden cloak room (rs10)
NTR garden park ride (rs15)
bus to napally road (rs7)
bus to banjara hills - return (rs20)
makan (rs480)


jumlah kerugian tapi kebahagiaan (rs667)


(rs1,717 - rs667 = rs1,050)