travelog anak melaka

travelog anak melaka
simple girl with a big dream

Tuesday 25 April 2017

love at first sight

harini..
4 tahun yang lepas..
aku telah jatuh cinta..
hanya dengan melihat senyuman di wajahnya..
padahal dia tersenyum kat orang lain..

hahahaha..
sesungguhnya cinta itu sungguh gila..
kerana sejak itu,
aku sentiasa tergilakan dirinya..
sentiasa mahukan dirinya..

gembira, bahagia..
ia memang seperti sebuah mimpi..
dan ia memang macam 1 fantasi yg selama ini aku cipta sendiri..
cerita seindah kata-kata pujangga..

tapi harini..
tahun lepas, tahun ni..
aku cuma mampu mengira detik & waktu..
luka itu tak terkata..

4 tahun.
suka bahagia..
duka sengsara..

biarlah..
dia layak utk bahagia.
sepertimana aku juga..
cuma dengan cara yg berbeza..

seperti mana aku selalu katakan pada dirinya
bahawa dia akan jadi orang yg paling gembira & bahagia 1 hari nanti..
walaupun bukan dengan aku lagi..
tapi aku percaya ada insan lain yg lebih layak utk dia
dan memberinya rasa lebih dari aku..

aku?
tak apalah aku..
34 tahun hidup ni..
hanya yg Maha Pencipta saja mengetahui..
apa yg telah di tentukan utk aku lalui..
untuk sisa yg tak di ketahui berapa lama lagi..

seteruk-teruk apa yg aku rasa,
ada yg lagi teruk..
seteruk-teruk keadaan yg aku alami,
ada yg lagi teruk..

sebaik-baik perancangan Maha Esa
sesungguhnya DIA Maha Mengetahui

sedangkan kita sebagai hamba tidak ketahui
segala nikmat & zat yg tersembunyi di antaranya..

AKU.
25.4.2017
0238