travelog anak melaka

travelog anak melaka
simple girl with a big dream

Tuesday, 7 July 2015

Jagalah hubungan kita dengan adik beradik

one fine day...its really one fine day when i read this (my friend shared on her facebook wall) by Ahmad Humaizi..

" Imam Ghazali dikenali sebagai pakar merawat sakit hati. Rujuklah kitab tulisannya iaitu Ihya' Ulumiddin. Betullah selalu wujud perasaan dengki antara adik-beradik. Kita kena ubah sifat ini dan ganti dengan sifat syukur dan redha.
Ada satu cerita seorang Professor yang mempunyai 4 orang anak. 3 orang anaknya pandai dan menjadi doktor, manakala yang keempat tidak begitu pandai dan cuma bekerja sebagai kerani sahaja. Professor itu rasa begitu pelik sehingga mengatakan yang anak keempatnya itu bodoh. Ditakdirkan, Allah menguji Professor itu terkena strok.
Dalam kesemua anaknya, anak yang keempat itulah yang menjaganya sepanjang masa. Anak yang lain sibuk dengan kerjaya.
Oleh sebab itu kita tidak boleh dengki dengan kelebihan yang Allah kurniakan pada adik-beradik yang lain. Seumpama jari kita yang lima, semuanya ada fungsi tersendiri. Kurang satu akan menjadi tidak sempurna.
Nabi SAW ada bersabda yang bemaksud, “Perasaan hasad memakan pahala amalan sepertimana api memakan kayu.
Kita perlu berlapang dada dan gembira dengan kelebihan yang dimiliki adik-beradik lain. Bagi yang lebih berjaya pula, jangan sombong dan bantulah adik-beradik lain yang kekurangan.
Fikir fikirkan apa yang kita patut bantu adik beradik yang ada kekurangan jangan bagi org lain mencaci dan menghina meraka
Hukum menghina, perli orang lain adalah haram. Allah SWT melarang kita berbuat begitu. Oleh itu kita tidak boleh memperlekehkan apa yang dibuat oleh adik-beradik kita atau orang lain.
JADI nasihatkan darah daging kita supaya dia juga turut rasa dihargai org ramai
Hulurkan tangan kita bila dia perlukan...Ibubapa kita juga akan Aman disana melihat anak anak mereka....
Harta ibu bapa yang paling bernilai ialah anak-anak iaitu adik-beradik kita. Cuba perhatikan jika anak-anak sakit, ibu bapa sanggup gadaikan harta untuk menyelamatkan anak-anak.
Oleh itu janganlah kerana harta ibu bapa , adik-beradik bergaduh ,Sedangkan itu cuma harta dunia....harta yang membawa hingga ke Jannah Allah adalah silaturahim adik beradik itu...
Doa merupakan perisai orang orang beriman. Allah berfirman yang ringkasannya bermaksud, “Berdoalah kepada-Ku, Aku akan makbulkan.” Jadi doakanlah untuk adik-beradik kita kepada Allah SWT. Kita bertemu Allah paling kurang 5 kali sehari. Apabila kita mendoakan seseorang, dan orang itu tidak mengetahuinya, maka malaikat juga akan mendoakan kita doa yang serupa juga.
Teruskan berdoa, semoga abang,kakak adik kita dilapangkan REZEKI kekayaan REZEKI umur yang panjang dgn kesihatan yang baik ,diberikan hidayah juga bahagia dunia dan akhirat..
Rasulullah shallallahu alaihi wassalam pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahmi”. (HR. Bukhari)
Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR. Thabrani)
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah menyambung keluarga (silaturahmi).” (HR. Bukhari)
“Tidak masuk surga orang yang memutus keluarga.” (HR. Bukhari dan Muslim) "

i dont know...actually i have those feeling...almost all the time...
"kenapa dalam adik beradik lain, aku paling susah...xde keje tetap...xmacam yg lain...nampak rezeki begitu senang..tak macam aku..kais pagi makannya belum tentu dapat tengahari"

its true...apatah lagi cuba utk redha...sometime aku memujuk hati..

"biarlah..Allah know what the best to me...takpe..rezeki memasing...takpe lah mungkin belum rezeki aku...tak apa lah itu, tak apalah ini..."

REDHA...tak semudah dengan perkataan...aku manusia biasa...punyai sifat-sifat keji..apatah lagi dengan iman yg begitu rapuh, syaitan menghasut dengan pelbagai cara...trust me, sometimes it become worst...luckly, aku bukan jenis yg suka tunjuk atau suka orang tau ape yg aku rasa...ape yg ada dalam hati aku...sebab aku tak nak orang salah faham pada aku...terutama adik beradik sendiri...

dengan apa yg berlaku selama ini, biar lah ia jadi pengajaran pada diri sendiri...

tapi bila baca kata kata di atas ni...aku sedar betapa khilafnya aku..betapa jahatnya aku...aku berjanji pada diri sendiri, mulai saat ini, aku akan berlapang dada dengan adik beradik aku..darah daging aku...amanah kedua orang tua aku di atas dunia ini walau baik buruk mereka...

insyaAllah...semoga di jauhkan segala sifat sifat keji itu semua...Amin..

Monday, 22 June 2015

ketuk hempuk ramadhan

selamat berpuasa semua!

1st of all, mintak maaf siap siap kalau ada yang terasa ke marah ke...takde niat...just my 2 cents opinion je..

ramadhan = bulan puasa = bazar ramadhan tak dapat dipisahkan..and ape yg sy tulis ni bukan menyebelahi part orang berniaga or pengguna..sebab sy pun penah berniaga makanan, dan akhirnya pilih untuk jadi pengguna je..

kenape?ape kaitannya?

yg sy selalu dengar, peniaga selalu di kategorikan 4 jenis :
1) makanan sedap tapi mahal la!
2) makanan sedap gileeee, murah lak tu..
3) dah la tak sedap, mahal nak mampus..
4) tak pe la tak sedap...janji murah..

tapi pengguna ade 1 jenis je ahahahah
1) nak sedap tapi nak murah...

kalau saya sebagai pengguna pun mesti la nak sedap, murah, value for money bla bla bla...dan jangan lupa gak sebenarnya para peniaga pun kalau boleh nak jual murah kalau tak yah nak fikir kos bahan mentah, dan paling utama, kos yg tak nampak dah 1 hal, kos yang tak boleh nak di ukur dengan wang ringgit lagi 1 hal..

dulu, selalu je sy fikir, ala setakat makan 2 orang, makan kat luar lagi jimat...how about now? masih relavan tak?kalau makan kat luar tak habis rm20 seorang atau 2 orang (kalau jenis tak kuat makan, tak cerewet macam sy ni, rm5 pun lebih dari cukup sekali makan)...atau sekali beli kat bazar ramadan, sorang je kang dah rm20..tu belum masuk askar askar yang lain..mahal kan?boleh haus wallet dibuatnye..

"mahal melampau sekarang ni..baik masak sendiri"...

yup betul...baik masak sendiri...pergi kedai, bawak rm20 dan beli bahan mentah, ape yang rasa nak masak, nak makan..ok, ini kos yang nampak..bila kita keluar kan sesuatu dalam bentuk nilai..rm5, rm20, hatta sampai ke nilai ratus dan ribu..

tapi, bagaimana dengan masa? masa nak pegi kedai.. masa nak memilih bahan mentah.. masa untuk menyediakan (menyiang, memotong, membasuh, dan lain-lain)..kemudian drive home and start memasak pulak...bagaimana dengan tenaga? larat nak memasak? tabik spring...kakak sy balik keje, terus berkejar memasak utk famili dia, untuk sy & ayah..hari hari camtu..cuma kekadang ada jugak hari hari yang dia "tak sempat masak", so dia just beli pape untuk makan..dan kadang kadang, sampai dah tak tahu nak masak ape..hahahah..dulu masa arwah mak sy ada lagi, memang tak pergi bazar ramadhan ni..sy pun bukan suka nak pegi bersesak kat tempat ramai ramai macam tu..even sekarang mak dah takde pun, sebulan puasa, sekali pun seksa sy nak pegi...bulan lepas sekali je pegi sebab iftar sekali dengan kawan kawan style potluck...so gagah la gak mengukur bazar ramadhan..

since dengan taraf kehidupan makin tinggi ni, spend wisely je lah...nak beli kat luar, mungkin yang tak sedap tapi kita rasa mahal tu bersepah je sana sini, nak jumpa yg murah tapi sedap boleh di kira dengan jari...so terpulang kat kita gak nak carik yg sedap tapi mahal atau boleh lah tak sedap pun janji murah...semua tu di tangan kita...cuma part sedap dan tak sedap tu di tangan peniaga la kan...skill dan bakat mereka...

tapi jangan fikir itu je, fikir masa & tenaga mereka juga..seperti mana kita berfikir tentang nilai ringgit kita (yang da semakin jatuh) yang kita nak spend, dan perut yang nak makan sedap.. atau nafsu yang nampak semua nampak lazat dan semua aku boleh makan masa berbuka nanti..

well, sy tak tahu sebenarnya harga harga kat bazar ramadhan sekarang..tapi memang ada terbaca kawan kawan update, air 1 bungkus rm2, ade sampai rm3..kuih pun singgit dapat 2 je, murtabak, ayam golek, beriyani kambing...lagi?terlalu banyak menu..kita pilih je..sama ada ikut keperluan atau kehendak...dats all...

yang penting jangan la membazir..kalau beli 1 bazar sekalipun, memasak untuk 4orang makan tapi macam nak buat kenduri pun, asalkan habis, takpe...tapi kalau membazir, sayangnya rezeki..

sy da nak masuk 15 tahun berniaga burger hari raya..tak jauh, depan rumah je..customer?time raya la best...bebudak gi pungut duit raya kat rumah rumah, sy plak collect duit raya dorang dengan habiskan masa dan tenaga sy berniaga burger dari pukul 3 petang sampai 4 pagi..hari hari sepanjang hari raya selama seminggu macam tu..13 tahun pertama, seronok, tu lah duit raya sy...tapi masuk 14 tahun(tahun lepas), sy mula mengalami simptom sakit belakang yg teruk...tak boleh berdiri lama...mungkin faktor usia..so tahun ni, sy decide untuk tak berniaga...dan kebetulan raya ketiga nanti (insyaAllah) dah ada wedding photoshot job untuk sy..

sy start jual burger rm1, benjo 80sen di saat orang dah start jual burger rm1.20..bile naik kan sikit sikit selari dengan harga barang, kau siap laaaa bebudak datang beli merungut (sambil ulang sehari 3 kali beli)...tapi sebab duit raya ada kan? so apa sangat lah naik 20sen ke 50sen...

sekarang?rm2.00 ~ rm2.50...dalam masa 15tahun...agak agak?modal cane plak naik mencanaknye...paling senang nak tengok la...telur...dulu sepapan relax je rm3...jatuh seposen sebijik masa memula berniaga...tu yg benjo 80sen pun boleh je jual...cuba sekarang?pegi bawak singgit beli telur...3 ketul je...tu pun kalau dapat 3 ketul...

tu lah realitinya...

keyword dia...jangan membazir makanan...sedap ke tak sedap....ramai di luar sana yg tak mampu merasa sedap atau tak, yang penting hanya perut terisi...

~ just saw on fb, ada saudara kita tanya kat mana boleh berbuka free, ada saudara kita di luar sana hanya tinggal rm1.60 je untuk anak beranak...sedih kan di saat kita berikira tentang sedap tak sedap, mahal ke murah, masih ada yang kira berapa sen yg tinggal, masih ada yang mencari di mana nak mengisi perut..

maaf kalau masih ada yang terasa...














Thursday, 11 June 2015

Nurse yang menyakitkan hati..

sy terasa nak menulis entry ni lepas ada terbaca sahabat sy share tentang nurse..."bagus sangat ke jadi nurse!?!?"

tapi nurse memang pernah menyakitkan hati sy..tau tak?

dulu masa baru pas habis SPM, arwah mak suruh sy mintak keje TNB...katenye nanti dapat  elektrik free...adik sy yg umurnya muda setahun dari sy pulak nanti suruh mintak keje dengan syarikat air melaka..nanti dapat air free...hahahaha cam kelakar kan..tak tahu mana dia dapat fakta camtu tapi itu lah dia cakap dengan sy masa sy baru habis SPM...sy pulak pas habis SPM keje merayau je...tu yg dia suh sy cari keje...

lepas tu, entah macam mana sy dengan nada bergurau, sy cakap dengan dia... "mak, nai nak jadik nurse la, boleh x?"

nak tau arwah mak sy jawap ape? "jangan nai, kau tu ganas...kang orang patah 1, kau pegang terus patah 3".... hahhaa sumpah sy masih ingat lagi jawapan dia time tu..

tapi, memang masa tu kalau suh sy jadik nurse pun sumpah sy tak nak..tipikal pemikiran kot kalau sebut keje nurse, terfikir pasal kencing berak...itu mengerikan!!!

tak lama lepas tu, sy eksiden langgar kereta...patah kaki masuk besi..pendek cerita, lepas sy sedar, takde sesiapapun ada dengan sy masa tu..tengok tangan pun berbalut, kat muka pun masih ada kain yg slalu kat spital tu guna utk lap darah...sedih...rase down..

tetiba rasa cam nak kencing..sy fikir..cane ek...sorg pun famili takde...nak bangun memang tak bleh la sebab kat kaki da bergantung botol air, nak alignment tulang sebelum nak masuk besi...so nak taknak, memang terpaksa la panggil nurse gak...sy cakap dengan nurse tu, sy nak kencing..dia tak cakap pape, dia angguk je pastu dia terus keluar...

tak lama pastu, nurse lain yg datang, beramai ramai lak tu..pelatih kot..tapi sy sentap...(maklum lah kan tengah down masa tu)..apasal nurse tadi tak tolong sy? oh, entah entah dia geli kot nak bantu sy kencing...

eh, kalau kaki aku tak patah, aku pun tak kuasa la nak mintak tolong kau!!! ~ ku di dalam emosi..bila nurse tu keluar masuk buat keje dia, sy memang tak pandang muka dia dah..sakit hati doh!

tapi itu cerita lama, cerita hampir 15 tahun lepas...dan ini pula cerita tentang nurse dan sy, pada 4 tahun lepas...

doc detect mak ada lung cancer pada mulanya...lepas keluar dari wad, rawatan kimoterapi berterusan..sampai lah 2 ramadhan pada tahun 2010, arwah mak mula sakit teruk...doc detect kanser tu dah merebak ke otak, tahap 4..sumpah sedih...dan sejak dari tu, kitorang adik beradik selalu berulang alik hospital...bergilir jaga mak...tapi sy yg selalu ada sebab sy tak keje kan..tapi sometimes, curi curi gak melepak..masa tu, kau harap siapa "tengok tengokkan" mak kau? doktor?lawyer?ahli majistret? yaaaaaa.....kau akan pesan kat nurse..."nurse tolong tengokkan kejap mak sy ek kat katil no bla bla bla"

masa tu, tak dinafikan lah, ada juga nurse yg kita rasa cakap kuat-kuat, kerja pun kasar, kekadang rasa dorang layan mak kita acuh tak acuh...ada..memang ada rasa tu..

dalam masa yg sama gak, bila part nak basuh kencing berak arwah, tak di nafikan gak timbul rasa geli...setan kuat menghasut beb..selalu je di bisikkan kat telinga...kau muda lagi, rileks la, enjoy la, watpe nak buat benda benda ni...dulu dulu masa mula mula jaga arwah mak, memang tak bleh terima...yelah, awak tengah muda, masa tu aktif gila main futsal, kehujung dunia pun pegi main futsal...tengah enjoy dgn kkawan...tetiba kene duk spital buat ni semua..bukan senang nak adapt..

tapi, nurse lah yg membuka mata sy, bila ada 1 hari tu, ada 1 aunty india ni baru admitted..takde sape pun teman kan dia...tapi nak mandi ke, nak membuang ke, nurse ni lah yg berlari lari bantu dia...(dia pun takleh jalan)... tak dengar pulak mereka merungut...bila sy tengok dgn mata kepala sy sendiri, cane dorg buat semua tu, tanpa pertalian darah pun, dengan berlainan bangsa dan agama....masa tu sy rasa berdosanya sy sebab terdetik perkara sebegitu kat mak...even sampai sekarang pun kalau sy kenang balik kekhilafan sy terhadap menjaga mak, sy sangat sangat menyesal dan rasa berdosa..

sy hanya jaga mak sy..emak..yg ada pertalian darah dengan sy...yg melahirkan sy...yg jatuh hukumnya wajib ke atas sy untuk jaga dia, mengasihi dia sebagaimana dia mengasihi kami 7 beradik sewaktu kecil...

nurse?mereka manusia biasa, dengan gaji tak seberapa, tapi lebih separuh masa mereka utk patient, (bak kata empunya blog) yg entah siapa siapa, yg tak pernah kenal...dan memang betul, kadang kadang mereka buat benda yg tak perlu mereka buat pun...support emosi..dorang bukan nak jaga 1 patient je..

sepanjang 3 minggu sebelum mak menghembuskan nafas terakhir, sy jadi penghuni tetap kat hospital...nurse kat wad PCU tu jadik kawan sy dah.. selalu gak sy tanya dorang (yg mana rapat dengan sy), cane boleh keje nurse, kenapa nurse ada yg cakap kuat kuat, kekadang kerja kasar, marah marah patient..."sebab kekadang ade patient pun sama degil..nurse da pesan jangan buat itu nanti jadik camni...dorang buat gak...kadang kadang ade kes yang bila jadik camtu, doc marah..bukan marah patient je, dengan nurse sekali kene marah"...betul gak kan...

pastu sy tanya, cane la dorang boleh keje cani, ape perasaan dorg bila kena basuh kencing berak orang..sy tanya semua...jawapn mereka berbeza beza tapi matlamat mereka sama...

kerja mereka 1 ibadah...dan mereka percaya ganjaran Allah lagi besar nanti walaupun ganjaran di dunia ni tak seberapa..

sungguh sy amat respect dengan sesiapa yg keje nurse ni..hati mereka kuat, jiwa mereka tabah, pengorbanan mereka sangat besar...takyah la sesuka hati nak cakap nurse keje memain, bayar gaji, makan gaji buta bla bla bla...duit tak boleh membalas masa..duit tak kan boleh di ukur dengan pengorbanan mereka lakukan...

mungkin tak rasa sebab tak kena kat kita...sebab dulu sy dah kena so sy memang sakit hati kat nurse yang berlagak ittewwwwww....tapi di fikirkan balik, mereka manusia gak...sedangkan sy yg menjaga mak pun pernah terfikir begitu, ada banyak kekhilafan masa jaga mak..ini kan pulak dorg yg entah sesiapa..tapi mereka lah wira, yg bukan setakat menjadi mata telinga tangan kaki mulut kat doktor, tapi pada kita semua..

nurse nurse di luar sana...bertabah lah...teruskan kerja mulia mu..

p/s = even sampai sekarang pun kalau di suruh sy jadi nurse, sy taknak..sebab sy tak mampu jadi setabah, sebagus dan semulia nurse yg ikhlas pada setiap pengorbanan dorang..

terima kasih misi (arwah mak panggil misi, tak panggil nurse) =D

























Friday, 5 June 2015

junainah ~ anak no 6

petang-petang ni...tetiba rasa nak menulis..menaip..

sometimes, i really feel wanna react...in every single words they said...in every single things they did that effects me deeply..

i cant show it...its really not me..i have no guts...otherwise, how to talk with someone that dont even know how to listen...

tired...faded...jaded..

im human too..sometimes i feel down to earth...or might be not sometimes..it happen most of the time but....i just cant shout it out..so consider i as alien?

but one fine day...i heard this :

TIPS HIDUP TENANG..

PANDANG LAH BAWAH...DAN KAU AKAN TENANG DENGAN APA YG KAU MILIKI BERBANDING DENGAN MEREKA YG TIADA...

SubhanAllah...how He answer me...

and i owes feel im not good enuf, not strong enuf...but again, He answer me when i heard this

KUATNYA KITA BUKAN DI TUBUH BADAN...TAPI KUATNYA KITA APABILA KITA MENGHADAPI RASA MARAH DALAM HATI DENGAN SABAR..MALAH ORANG YANG HEBAT ADALAH ORANG YANG MAMPU MENAHAN RASA MARAHNYA WALAUPUN DIA MEMPUNYAI KUASA / HAK UNTUK MARAH..

it bring me tears come straight to my face...how weak i am selama ni...namun, benarlah...jika nak mengenal seseorang, kenal lah dia saat dia :

MARAH
SAKIT
PAPA
SEDIH

semoga aku terus menjadi diri aku..
semoga aku tidak khufur nikmat...

semoga roh mak di cucuri rahmat..
semoga ayah dan arwah mak bahagia di dunia dan di akhirat..


junainah.
anak no 6

Thursday, 28 May 2015

Awie & Illa wedding - full review

TARIKH PERSANDINGAN : 5 April 2014 bersamaan 5 Jamadilakhir 1435H
LOKASI : Alor Gajah, Melaka

Bismillahirrahmannirrahim...
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



shot di majlis jemput menantu awie dan illa ni kira last minit deal gak by phone...mak andam rekemen...sebenarnya mak andam ni ejen insuran saya...hihihi...dengan awie ni, kami tak jumpa untuk review album pun,  just deal harga dan pakej by phone call... Alhamdulillah mereka meletakkan kepercayaan pada perkhidmatan saya... tapi apapun sebelum deal, saya minta mereka review dulu page saya : ScarDejavu NaiPhotography (sila like - mekaseyyy).. at least mereka tahu cara kerja saya, editing saya before they decide...

NAMUN SEELOKNYA SAYA AKAN MINTA BERTEMU DENGAN PENGANTIN UNTUK TUNJUK CONTOH ALBUM, KUALITI, PAKEJ YG SAYA ADA...


















actually, untuk outdoor shot, saya cadangkan mereka kat bandar alor gajah..tapi pengantin taknak gi jauh sebab kawan kawan masih ramai datang...so kitorang shot area rumah awie je...memang betul pun, masa kitorang tengah shot pun, ramai yang cari pengantin..hihiihihi...well, kita ikut kehendak dan keselesaan pengantin la ek...

selalunya pengantin akan tanya pendapat saya kat mana nak shot outdoor..dan selalunya perkara pertama saya tanya dorang.. "nanti masa bersanding pakai baju warna apa"...

sebab bagi saya warna baju yang di pakai pengantin tu sendiri memainkan peranan bila nak shot outdoor kat satu-satu tempat...

sebagai contoh, kalau pengantin pakai baju hijau, saya tak galakkan shot outdoor kat taman-taman bunga, sawah padi ke..tempat yang hijau gak...sama gak kalau pengantin pakai baju biru, saya tak galakkan untuk shot yg berlatarbelakang kan langit yang membiru..

biasanya kalau pengantin pakai baju hijau, kuning, biru atau ungu, saya cadangkan shot di bangunan bangunan..sebagai contoh kalau di melaka ni, ada bangunan stadhuys yg warna merah...kena dengan baju hijau..memang perghhhh laah kan...kaler naik...or kalau kat seremban tu, ada bangunan perpustakaan lama yg berwarna putih...

itu sekadar pendapat saya jika pengantin tanya...kebanyakkan mereka semua memang tanya pun..hihihi...tapi semuanya memang bergantung kepada permintaan pengantin....mungkin sebab tak nak pergi jauh macam awie & illa ni...or mungkin sebab dorang ada kenangan kat tempat tu ke...1st date ke...well, jangan risau...we just go the flow....

just #beunlimited


untuk sebarang info dan pertanyaan yg lebih lanjut, boleh lah hubungi sy di +6013-3338302 untuk sms/whatsapp/wechat (id : scardejavunai), instagram dan juga boleh call sy +6012-2678323 dan +6016-7425083..semua nombor adalah aktif...

boleh juga melawat di facebook page sy :
https://www.facebook.com/pages/ScarDejavu-NaiPhotography/397801840285018?ref=hl
https://www.facebook.com/scar.dejavu.nai

Terima Kasih..
SDN RESOURCES & MARKETING
(MA0187279-U)
KM 16 KG PULAI,
77300 MERLIMAU,
MELAKA.

Friday, 3 April 2015

solo travel.......but NEVER ALONE [part 1]

sape yg baca blog ni, addicted solo travel....angkat kaki yg takde cagu..(yg ade cagu jangan angkat, pengsan kami semua...ekekekekeke)

p/s = sori lah...sy tengah stress mengadap editing gambar kawen, so melarikan diri dgn menulis entry ni...

biasanya kalau stress duk dalam gua ni menyiapkan keje, mula lah corner kat tempat lain...kat mane?yaaaaaa, tengok2 tiket flight..huhuhu....biasanya memang takde la terus dapat yg murah-murah..makan hari gak...sometime makan bulan gak nak dapat kalau airlines takde buat promo..

so far, sy baru 4 kali je solo travel..terlalu sikit kalau nak dbandingkan dgn traveller tegar kat kuar sana...dengan tempat-tempat rare yg dorg pegi, memang sumpah jeles tengok..sabau je lah..tak pe lah,gi indonesia je la dulu..meh sedap kan ati sendiri..huuuu..

kali ni sy nak share la sikit perasaan sy, persiapan sy, apa yg sy buat bila nak travel, pengalaman sy yg sekontot bila da sampai ke tempat-tempat tu, pandangan sy, bla bla bla untuk yg ada hajat nak buat solo travel...ia perkara yg sangat basic, yg mungkin semua org da sedia maklum..dan mungkin tak semua boleh di guna pakai tapi harap dapat membantu la sikit-sikit, terutama utk perempuan..sb walaupun sy ni luaran nampak ganas, tapi penakutnya Allah je yg maha mengetahui..

lets check it out!

1) plan asas ~ tetapkan ke mana & tarikh kita nak gi..
actually, plan asas ni bukan kene ade 1 je destinasi..boleh je buat 2-3 tempat...dan plan masa ikut schedule kita yg agak agak time tu tak busy...contoh mcm sy masa memula nk buat solo travel, sy plan nk gi lombok je..pastu tgk map, oooh,sebelah bali je...so tfikir plak nak cover lombok & bali...camtu lah kiranya..ade plan A, B, C......dont worry kalau ketiga tiga plan tu tak sesuai, masih lagi ada D sampai Z...hohoho


2) flight tiket hunting
bersedialah utk jadik penunggu depan lappy bile hunting tiket flight..yg penting duit dlm akaun cukup...ahahaha..ala, sy pun kekadang kantoi gak dapat tiket murah tapi duit dlm akaun tak bape menggalakkan...so pilihannya antara nak lepaskan tiket murah atau pinjam dulu dengan org yg percayakan kita...yang percayakan kita tau...bukan kita je percaya kat dia tapi dia tak pun..nanti kau dapat jawapan = krik krik krik..kau jangan tanya kenapa plak..huhuhu...lagi 1, book la awal-awal...siyesly kalau dalam kepala da ade destinasi dituju, mulakanlah dgn bismillah dan start la cari tiket..at least kalau arini tak dapat murah, kita ada 3 bulan lagi atau 6 bulan setengah lagi atau ada setahun lagi masa nak grab tiket...berbanding dengan sebulan lagi nak pegi, kita just ada 30hari nak cari...belum tolak hari super busy tak sempat nak cek langsung...kan?

...dan masa flight tiket hunting ni la selalunya plan B, plan C tu berguna..kenapa?sb contoh macam sy sendiri, plan asal nak ke lombok - bali..tapi punya laaaa mahal tiket pegi lombok sahaja almost rm300, balik dari bali pun sama...rm600 just for tiket?memang tak lah...kirim salam je la...selepas segala jenis doa da baca masa cari tiket, baru sy terbuka hati cari tiket ke destinasi lain..jeng jeng jeng...terus jumpa ngko!! memang rezeki...medan return rm100 lebih masa tu..tak ingat...terus beli okey!!!! dengan keadaan langsung tak study ape pun pasal medan...ye lah konon nak cover lombok dgn bali kan...


3) study
ok, study ni memang kene sabau, kene tabah buat research..sambil-sambil cari tiket, sambil study..tapi kena plak yg kurang sabau macam sy ni, memang take time kalau study..contohnya, sy study sikit, main game je lebih...insaf kejap...study balik..pastu gi bukak youtube plak...memang gitu lah sy..huuuu..siyes jangan tiru pangai ni...kes 1st solo travel sy, memula beriye ni buat preparation study ke lombok & bali...maklum lah plan da 6 bulan...tapi sampai sudah tak jumpa tiket flight mengikut bajet, tukar ke medan..masa tu blur kejap...ape nak buat kat medan....amik lak 9hari..ahahahha anikkk kawww...yg sy tau, medan ni danau toba je..dah tu, kau nak duduk danau toba 9 hari? danau toba pun muntah tengok kau jap lagi...

study ni ada pelbagai jenis & kategori memasing...paling selalu kita nak tau, kos atau bajet ke tempat tu...kang tak cukup duit, naya je kan..over bajet tu biasa la...tapi sekurang-kurangnya range bajet & kos tu ada supaya tak tersasar jauh...melainkan kalau kita memang ada tanam pokok yg berdaunkan duit dengan subur, tak nak kisah dengan kos dan bajet, tu takpe...

                   
            * route / map
               study route & maps berdasarkan berapa lama korg kat sana dan masa adalah sangat penting..contoh kalau korg ada 4D3N, better jangan pergi terlalu jauh dari bandar, dari airport atau yang susah akses transportation dan sebagainya or else nanti tak banyak tempat boleh gi...sebagai contoh paling mudah, dari kualanamu airport medan direct ke danau toba dalam 5 jam..tu kalau tak jem, kalau tak berhenti makan, gi toilet dan sebagainya..perjalanan hampir makan masa setengah hari...tapi untungnya pulak, sepanjang route tu, kita boleh singgah tempat-tempat yg menarik yg ada kat route yg sama..contohnya berastagi, sipiso piso dan permatang siantar..kalau charter 1 avanza takde masalah...tapi kalau naik kenderaan umum tu agak sukar dengan kekangan masa..dan kadang-kadang tak lalu pun tempat-tempat yg kita nak gi..so penting gak bagi sy, bila ke satu tempat, ape tujuan utama kita...macam sy ke phuket, koh phi phi, krabi & hatyai sebelum ni, tujuan utama sy nak feel makan, then nak merasa naik all public transport kat sana..bas,van,tuk tuk,feri,train...semua sy rasa...makan?op kos la toyam dia yg maha sedap tu...ada tomyam warna oren, warna putih, warna merah, yg warna clear pun ada..tapi semua sedap!

             * tempat-tempat menarik / aktiviti yg ada
                decide nak buat apa sepanjang korg kat sana...sb ia juga melibatkan kos, timing, dan masa korg nak packing beg nanti..contohnya..9hari kat medan, sy plan nak hiking sibayak..dan takde plan nk snorkeling ke main air ke...walaupun danau toba tu punya la luas utk berenang, tapi maaf lah...sy memang lagi minat dgn laut berbanding dgn tasik...so sy tak perlu nak bawa snorkel gear sy..hanya pack seluar utk hiking, sweater dan yg perlu...dan siyesly, itu pun tak cukup persediaan...kenapa?sy bawak sehelai sweater je...rupa-rupanya sejuk nak mati...sibayak tu area berastagi yg memang sejuk...naik gunung lagi la sejuk..musim hujan + kene ribut plak masa tu...memang seksa sangat sy rasa masa tu...huhuhu..
             
              * kos / bajet
                 biasanya da tau nak buat apa, nk gi mana baru dapat bajet kasar atau halus mulus yg bakal merabak poket...hhihihi..pentingnya study kos, kita tau jumlah berat syiling dan helai kertas yg kita ada...so buat aktiviti, gi tempat-tempat yg tak terlalu mahal dan berbaloi dgn apa yg kita bayar..sometimes akan terjadi gak kes "alang-alang da sampai...tak buat rugi"....yes memang ada...macam sy gi nepal, paragliding usd75 (rm250++), zipline usd55 (rm200)...terjojol kejap bijik mata tengok harga dia...tapi tu lah...kalau tak buat masa tu, bila lagi kan...menggigil tangan, berpeluh ketiak nak kuar duit..tapi tu lah...da alang-alang sampai kan...sebab masa tu sy ikut Mr Yap..memang ikut je...tak study ape pun..so kat situ lah sy belajar...Yap memang banyak ajar sy..dia la yg cetuskan keinginan sy utk solo travel..sb masa tu sy tanya dia,after we met so many women yg solo travel kat nepal tu...sy tanya Yap, tak takut ke dorg ni jalan sorg-sorg...Yap kata best, dan nanti kau akan ketagih..indeed Yap...indeed! I AM NOW

              * politik / keselamatan / bencana alam
                 tengok-tengok gak lah keadaan politik kat destinasi korg tu..kot-kot tengah ada tunjuk perasaan ke, ada kes bom ke..macam kat bangkok sebelum ni sampai ada rakyat kita kena duduk je dalam bilik takleh keluar...bila melibatkan isu keselamatan camni,jangan amik mudah..kita semua ni masih ada yg sayang....ahh sudah!!!da mula nak lari topik huhuh...okey okey fokus..kalau bencana alam plak, memang di luar jangkaan kita....kalau time kita pegi tu, time tu nak berlaku bencana alam, takdir lah tu kan..tapi kalau esok nak gi, arini bencana alam, kau pegi jugak...hmmmm..fikir-fikir lah sebab soal keselamatan adalah yg paling utama.. masa sy pegi gunung sinabung, ia baru lepas meletus dalam 3-4 bulan sebelum tu...waktu sy pergi, bangunan sekolah masih ditenggelami abu separuh bangunan...kemudian seminggu selepas sy balik, berlaku letusan kecil lagi di sinabung...dan baru-baru ni juga terdapat asap tebal keluar dari sinabung..itu antara contohnya...ada yg sy pernah baca, 1 small group traveller malaysia waktu nak fly dari surabaya, gunung kelud (kalau tak silap sy) meletus..so flight cancel...dorang nak balik malaysia gak so amik jalan darat sampai ke jakarta which is jarak perjalanan dari surabaya ke jakarta adalah 800km..tu dorg in group..kot sorang-sorang?so be safe ya guys...



4) rough iti
kenapa rough?sb bila da ade tempat nk gi, aktiviti nak buat yg sejajar dengan kos & bajet kita, barulah kita dapat buat iti..secara kasar dulu...tengok bersesuaian tak dengan masa kita, kalau tak, boleh ubah aktiviti tu hari kedua...camtu la lebih kurang..tapi yg penting buat rough iti, siap tulis kos & bajet serta masa perjalanan dan masa yg diperlukan utk buat aktivit ikut anggaran korg atau ikut apa yg korg da study...cam sy semua main conteng je dalam buku-buku kecik..buku tu gak la yg sy bawak..sometimes yg conteng-conteng mula-mula tu la yg kita perlukan..tu sebab bila kawan-kawan mintak share iti, sy garu kepala..huhuhuuu




ok lah...hari pun da pagi...sy pun da mengantok...perasaan stress sy yg tadi tu da mengendur sikit bila sy dapat bcakap tentang travel..tak kisah la orang nak baca ke tak...tapi..yang pastinya kaki ni gatal nak travel lagi...

SALAM JUMAAT PENUH RAHMAT...good morning world


OH BILA LA POKOK DUIT KU NAK BERTUMBUH SUBUR MEKAR MEWANGI..

Wednesday, 25 March 2015

Sawadikap Thailand - Phuket | Koh Phi Phi | Krabi | Hatyai | 4-12 Sept 2013 | Day 2

day 2 at Phuket!! such a lovely morning on that day..kami keluar seawal 8pagi..plan sy arini nak gi buat island hoping..but 1st,kami pegi sewa motor dulu.. THB200 per motor aka RM20..mintak kurang tak bagi...eksen betul..kepuk sekali tau la...pasport kena tinggal kan..sy membantah...tak nak bagi..pastu dia pun tak nak bagi sewa kalau tak tinggal pasport..tpaksa lah mengalah gak...masa amik motor tu, sy snap setiap penjuru motor yg dia bagi...tak nak nanti dia claim lain plak kan after pulangkan motor tuh..






mari merempit





1st benda yg kami carik bila da dapat motor, carik kedai makan...lapau nak oii...semalam makan celah gigi pun tak lepas...ni da ade motor, so panjang la kaki melangkah...huhuhuu..jumpa kedai makan agak jauh sikit dari patong area tu, depan masjid...pepagi morning oder nasik goreng, tomyam, telo dadau...ferghhhh






muncung nikmat namanye ni hihihihi






punya la nak amik gambau sampai sanggup lekap pipi kat meja






makan semua sekali dalam THB400 aka RM40..ok je bagi sy sebab tomyam die bapaaaaakkkk sedap...pedas tu memang tak leh nak cite la...sy makan sambil pejam celik pejam celik bijik mata tahan pedas campur hangat tomyam tu..eh tetibe lapau tomyam pure thailand camni...mana la nak cekau da malam malam buta ni...aihhh

sesudah kenyang,kami bsiap sedia nk berangkat,konon nak g island hoping la ni...sekali,amik kawwwww...hujan lebat gile....tak de warning tak de ape,dia turun je...so, plan asal tu tpaksa dbatalkan...tapi since da sewa motor,ktorg amik keputusan utk round sekitar phuket tu dalam hujan...!! hihihi seriusly memang kami siap singgah beli baju hujan yg nipisnya cam sehelai kertas tuh,then kami redah je ikut tayar motor..huuuu..segala simpang,jalan,lorong semua kami masuk...sampai ada 1 tempat tu separuh nyawa tinggal kena kejar dgn anjing hahahaha..








nasib ada bahasa inggeris..kalau tak, entah sampai mana la kitorang ikutkan tayar motor tu





 tak gi tengok boxing sb mahal la THB800 aka RM80 tiket masuk..








Thursday, 19 March 2015

Azura & Khomeini Wedding - full review

TARIKH PERSANDINGAN : 28 & 29 Mac 2014 (bersamaan 26 & 27 Jamadilawal 1435 H)
LOKASI : Pedas, Negeri Sembilan

Bismillahhirrahmannirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Azura ni adalah salah satu contoh customer sy yang da buat tempahan awal...sy masih ingat lagi dia datang jumpa sy masa sy tengah game futsal kat seremban..dia adalah kenalan kepada teman baik sy waktu berkhidmat dengan jabatan belia dan sukan negeri sembilan dulu, Nurul Aimi..

akad nikah berlangsung agak lewat, sekitar jam 5 petang.. kemudian malam tu ada persalinan..namun gambar gambar waktu persalinan tak dapat sy kongsikan di atas permintaan pengantin sendiri..jom kita layan gambar..






yg tengah lap muka pengantin tu my best friend, Nurul Aimi
















waktu shot outdoor,luckly  kami keluar awal seawal kul 330 petang.. dan nasib baik gak lokasi outdoor ni tak jauh dari umah Azura..sebabnya pukul 5 petang,masa kami on the way balik,hujan lebat gile...huuuu..kalau kami masih kat luar,mmg confirm basah kuyup...

by the way, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..dorang pun sporting...dan yang paling penting,pengantin lelaki fan MU gak..! kbai...ahahhaa

Tuesday, 17 March 2015

dust & crust

sikit lagi nak berkerak blog ni..huhuhu..

last update bulan januari aritu..iyelah...before sy suoer busy dengan 3rd solo travel sy ke yogja-dieng-lampung...then continue with my birthday on 14th Feb, sambung plak bawak trip ke langkawi (1 bas & 1 van)...kemudian start 1 hingga 10 mac solo travel sy ke negeri laskar pelangi a.k.a belitung-bangka...menyambung ke serambi mekah aceh 12 hingga 15 mac...

its like tahun ni sy lebih kepada travel berbanding buat wedding job kan...but still, alhamdulillah wedding job sy utk tahun ni masih berjalan dengan lancar dan insyaAllah akan berterusan...amin..

oh ya,nak share sikit pasal sy dan ScarDejavu NaiPhotography akan ke udara melalui rancangan Sufiyah, Kenali Blogger di tv1...episod 11..dan sekali lagi utk episod 7 dengan partner in crime sy, chiko azreen utk rancangan yg sama..khabar dari Mia, my friend yg keje kat rtm, da masuk editing...cuma xtau bile on air...will update later..kot la nak tengok cane sy kena pakai foundation,bedak,lipstik,lipgloss,eye liner tu semua bagai...huhuhu

arini, sy just nak share gambar2 travel sikit..jangan jemu ya.. =D




YOGJA-DIENG-LAMPUNG (24 JAN hingga 3 FEB 2015)


 klayar beach - pacitan, yogjakarta





 sikunir hill, dieng pleteu 






teluk kiluan, lampung







BELITUNG-BANGKA (1 hingga 10 MAC 2015)


 the famous mercusuar of laskar pelangi (rainbow troops)




 the amazing kulong murai, belitung




fisherman and his family, bangka






ACEH-PULAU WEH (12 hingga 15 MAC 2015)


pantai teluk rubiah, sabang, pulau weh 





musium tsunami aceh




mood travel ni mmg tak pernah padam..malah makin menjadi jadi,makin membuak buak...bucket list, wish list dan segala macam list bukan makin berkurang tapi makin bertambah...

mohon di murahkn rezeki,disihatkan tubuh badan utk sy terus mengembara ke pelusuk dunia...amin!

Tuesday, 13 January 2015

| Raudhah |

i just miss my late mom..
so deeply..
this tears just came down
how i miss u mom..
suddenly it become so hard to handle..

this feeling..

i wish i could see u in raudhah..
di taman syurga
dengan ayah.

im sorry if im not perfect to take care of him after u, mom..

cemburunya tengok org yg masih ade mak
cemburunya tengok org yg boleh jaga org tua mereka baik-baik


Sunday, 28 December 2014

bitter sweet 2014

sy xboleh tido, padahal esok (28/12 - ahad) ade shoot majlis bertandang kat felcra ramuan china, masjid tanah..eh, esok apanya kan...da pukul 4:45 pagi sewaktu entri blog ini di taip..maksudnya kejap lagi la kan..huuu..seriusly memang sgt susah nak buang penyakit tak boleh tido malam ni...im suffer since i was kid...iyelah,padahal sy sedang keletihan balik dari trip family kakak sy ke berastagi-danau toba-parapat-medan (4D3N) 23-26 dis lalu...tapi letih cane pun,sy memang seksa yg amat la nak tdo malam..

konon plak nak editing gambar2 travel kathmandu ke, medan ke, komodo island ke, mane ke kan...tapi tu lah..gambar2 tu semua belum pilih2 lagi, memang malas la jawapnye...siyesly part paling malas ialah nak memilih gambar utk editing...kalau da pilih,kerja-kerja editing jadik senang dah bagi sy...sebab da tau da sequence, da tau flow layout..tadi pun sy da update iklan-iklan fotografi sy kat mudah.my...semua negeri sy masuk..manalah tau dapat customer dari penang ke,boleh gi buat job sambil jalan-jalan cari makan...kedah ke,boleh gi buat job sambil jalan-jalan carik makan lagi...pahang ke...boleh laaaa kannn...hohoho...insyaAllah mudah-mudahan adalah rezeki sy di mana-mana dengan izin-Nya..Amin..

so, kat sini la sy tercampak nampaknya..well, 2014 dah nak sampai ke penghujung..2014, sy boleh katakan tahun utk sy start up...bebetul start up...dari job photog sy, dari minat travel sy...alhamdulillah sy kenal dengan ramai orang, yg banyak tolong sy dari semua perkara..dari setiap sudut..sy sangat hargai kehadiran mereka dalam hidup sy..mematangkan sy dari segi cara kerja,pemikiran,tindakan,dan lain-lain lagi...


JAN 2014 


 25hb - amrul & aziy (serkam,melaka)




 31hb - umar turns 2! (temerloh,pahang)




FEB 2014


1hb - nabiha & najib (kuala terengganu,terengganu)



MAC 2014



22hb - aaron & linda (alor setar,kedah)




  28hb - azura & khomeini (pedas,negeri sembilan)



APRIL 2014




4hb - riena & limie (melaka-2nd photog)



 5hb - awie & illa (alor gajah,melaka)




22-29hb - travel (kathmandu,nepal)



MEI 2014


24hb - azlan & shima (kuantan,pahang)




 30hb - dyana & giey (jasin,melaka)





31hb - azlan & shima (tg keling,melaka)




JUN 2014 



1hb - faz & mazwan engagement (puncak jalil,selangor)




 1hb - syam & syila (telok mas,melaka)




 6hb - lieya & afizal (taiping,perak)




11-19hb - travel (medan-solo travel)



JULAI 2014




11-13hb - trip gtcm (bukit tinggi,padang)





OGOS 2014



9hb - nasri & seri (merlimau,melaka)




 16hb - salwa & ikhwan engagement (serkam,melaka)




 23hb - qiesya aqiqah & berendoi (nilai,negeri sembilan)




SEPT 2014



 6hb - aziz & ana (sg rambai,melaka)





 12hb - azni & azilah (serkam,melaka)





 13hb - fairuz & azlin engagement (ayer keroh,melaka)




17hb - outdoor shoots convo upsi (1st try)



 27hb - trip gtcm (sibolangit-kolam abadi,medan)




 30hb - my 1st grandchild was born! zara nur aleesha





OCT 2014


05hb - amber's day out (tmn seribu bunga,melaka)





11hb - trip gtcm (tmn negara,pahang)





 18hb - azizan & zafirah ( bt pahat,johor)





24hb - nazman & norfadilah (ampang,selangor)





31hb - nuha & azhar (umbai,melaka)



NOV 2014



2-13hb - travel (bali-flores-komodo island-bima-lombok)




22-23 - trip (kolam abadi,medan)




DIS 2014

7hb - azizan & zafirah (merlimau,melaka)
23-26hb - family trip (berastagi-danau toba-permatang siantar-medan)
28hb - malek & ecah (kg pulai,melaka) & hairul & ain (felcra masjid tanah,melaka)


alhamdulillah rezeki dari Allah sentiasa mencukupi utk sy..dan cabaran sepanjang 2014 ini juga bukan sedikit namun biarlah ia sekadar menjadi ingatan dan di jadikan pengalaman utk mendewasakan sy..

sampai sini dulu kot enri sy kali ni...sebelum tu atas kesempatan ni sy ingin menzahirkan rasa simpati terhadap mereka-mereka yg terlibat dengan bencana banjir yg buruk di sebelah pantai timur sana...moga-moga segala bantuan dari segi keperluan asas dan yang lain-lain selamat sampai kepada mereka yg memerlukan..


2015 bakal menjelang..