travelog anak melaka

travelog anak melaka
simple girl with a big dream

Tuesday 7 July 2015

Jagalah hubungan kita dengan adik beradik

one fine day...its really one fine day when i read this (my friend shared on her facebook wall) by Ahmad Humaizi..

" Imam Ghazali dikenali sebagai pakar merawat sakit hati. Rujuklah kitab tulisannya iaitu Ihya' Ulumiddin. Betullah selalu wujud perasaan dengki antara adik-beradik. Kita kena ubah sifat ini dan ganti dengan sifat syukur dan redha.
Ada satu cerita seorang Professor yang mempunyai 4 orang anak. 3 orang anaknya pandai dan menjadi doktor, manakala yang keempat tidak begitu pandai dan cuma bekerja sebagai kerani sahaja. Professor itu rasa begitu pelik sehingga mengatakan yang anak keempatnya itu bodoh. Ditakdirkan, Allah menguji Professor itu terkena strok.
Dalam kesemua anaknya, anak yang keempat itulah yang menjaganya sepanjang masa. Anak yang lain sibuk dengan kerjaya.
Oleh sebab itu kita tidak boleh dengki dengan kelebihan yang Allah kurniakan pada adik-beradik yang lain. Seumpama jari kita yang lima, semuanya ada fungsi tersendiri. Kurang satu akan menjadi tidak sempurna.
Nabi SAW ada bersabda yang bemaksud, “Perasaan hasad memakan pahala amalan sepertimana api memakan kayu.
Kita perlu berlapang dada dan gembira dengan kelebihan yang dimiliki adik-beradik lain. Bagi yang lebih berjaya pula, jangan sombong dan bantulah adik-beradik lain yang kekurangan.
Fikir fikirkan apa yang kita patut bantu adik beradik yang ada kekurangan jangan bagi org lain mencaci dan menghina meraka
Hukum menghina, perli orang lain adalah haram. Allah SWT melarang kita berbuat begitu. Oleh itu kita tidak boleh memperlekehkan apa yang dibuat oleh adik-beradik kita atau orang lain.
JADI nasihatkan darah daging kita supaya dia juga turut rasa dihargai org ramai
Hulurkan tangan kita bila dia perlukan...Ibubapa kita juga akan Aman disana melihat anak anak mereka....
Harta ibu bapa yang paling bernilai ialah anak-anak iaitu adik-beradik kita. Cuba perhatikan jika anak-anak sakit, ibu bapa sanggup gadaikan harta untuk menyelamatkan anak-anak.
Oleh itu janganlah kerana harta ibu bapa , adik-beradik bergaduh ,Sedangkan itu cuma harta dunia....harta yang membawa hingga ke Jannah Allah adalah silaturahim adik beradik itu...
Doa merupakan perisai orang orang beriman. Allah berfirman yang ringkasannya bermaksud, “Berdoalah kepada-Ku, Aku akan makbulkan.” Jadi doakanlah untuk adik-beradik kita kepada Allah SWT. Kita bertemu Allah paling kurang 5 kali sehari. Apabila kita mendoakan seseorang, dan orang itu tidak mengetahuinya, maka malaikat juga akan mendoakan kita doa yang serupa juga.
Teruskan berdoa, semoga abang,kakak adik kita dilapangkan REZEKI kekayaan REZEKI umur yang panjang dgn kesihatan yang baik ,diberikan hidayah juga bahagia dunia dan akhirat..
Rasulullah shallallahu alaihi wassalam pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahmi”. (HR. Bukhari)
Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR. Thabrani)
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah menyambung keluarga (silaturahmi).” (HR. Bukhari)
“Tidak masuk surga orang yang memutus keluarga.” (HR. Bukhari dan Muslim) "

i dont know...actually i have those feeling...almost all the time...
"kenapa dalam adik beradik lain, aku paling susah...xde keje tetap...xmacam yg lain...nampak rezeki begitu senang..tak macam aku..kais pagi makannya belum tentu dapat tengahari"

its true...apatah lagi cuba utk redha...sometime aku memujuk hati..

"biarlah..Allah know what the best to me...takpe..rezeki memasing...takpe lah mungkin belum rezeki aku...tak apa lah itu, tak apalah ini..."

REDHA...tak semudah dengan perkataan...aku manusia biasa...punyai sifat-sifat keji..apatah lagi dengan iman yg begitu rapuh, syaitan menghasut dengan pelbagai cara...trust me, sometimes it become worst...luckly, aku bukan jenis yg suka tunjuk atau suka orang tau ape yg aku rasa...ape yg ada dalam hati aku...sebab aku tak nak orang salah faham pada aku...terutama adik beradik sendiri...

dengan apa yg berlaku selama ini, biar lah ia jadi pengajaran pada diri sendiri...

tapi bila baca kata kata di atas ni...aku sedar betapa khilafnya aku..betapa jahatnya aku...aku berjanji pada diri sendiri, mulai saat ini, aku akan berlapang dada dengan adik beradik aku..darah daging aku...amanah kedua orang tua aku di atas dunia ini walau baik buruk mereka...

insyaAllah...semoga di jauhkan segala sifat sifat keji itu semua...Amin..

No comments: