trip yg sy sangat takut nak pergi masa mula-mula dulu, dah pun sampai ke hari terakhir..
Day 8 (1/9) - HYDERABAD - MALAYSIA (rs1,050 + rs1000)
Lepas sarapan kat hotel, sy decide pegi gak ke ramoji film
city tu…da alang-alang sampai kan…keluar dari hotel, sy ke kiri utk ke atm yg
tak berapa jauh dari situ…pas withdrawal rs1000, sy tahan auto ke ramoji film
city (rs250)…sb da ade bajet, sy malas da nak naik bas, malas nk sesat
sesat…last day ni masa jadi sangat berharga…naik auto boleh sampai terus depan
pintu kaunter tiket ramoji film city..tapi kan, tak tau la kenapa sy dengan
scene tayar pancit memang tak dapat nak di pisahkan…bleh plak auto yg sy naik
tu pancit…huhuhuh..sabar je lah junainah! Auto antar sy bebetul depan pintu
entrance tiket… fee (rs900) dan sempat beli mineral water (rs20)..masuk je akan
ada bas tunggu utk bawak kita ke pintu masuk yg terletak boleh tahan jauhnya…
Lagi sekali, sy naik autospace ride (rs30) dan sy sangat
menyesal…pening woiiiii….dengan takde translation in english masa tu..rasa nak
nangis mintak kelua je…jalan-jalan sampai berlubang perut & makan kat food
court dalam tu (rs230)…sedap tau nasik beriyani dia…lepas makan mula laaaa
malas nk jalan…naik bas merah yg omey tu, ikut je mana dia bawak…siyes time ni
memang da malas, penat, kaki da stat sakit, eh macam macam penyakit timbul…
show ni best
Ah, baik sy balik ke airport lah camni…so sebelum klua tu sy
sempat la beli tshirt seketul (rs450)..sy kira tu tindakan yg berani ye sb sy
da tinggal berapa rupee je ni…tak pe la sy fikir kelua nanti mesti ada
transport ke airport…
Sungguh keje gila sy hari terakhir ni…dengan duit yg tinggal
baki tak sampai rs200, atau lebih tepat tinggal rs170 itupun bercampur dengan duit-duit syiling...huhuhu..sy memang tak cukup duit nak directly ke airport dgn
teksi…auto takde ke airport sb jaraknya hampir 50km dari ramoji film city
ni…mau terbarai auto kalau sampai ke sana…rata-rata sy tanya rate ke airport,
rs500…penat mintak kurang tapi hampa…kau ingat dia nak ke pegi airport dengan harga rs170 hanya sebab itu je yg kau ada?hahahaha...ala, tak salah cuba kan kan kan? actually, cemas da masa tu huhuhuhu
Sy duduk bawah pokok dan cuba bertenang..then sy ternampak
ada 1 bas mini yg penuh dgn beg-beg seolah-olah sama ada baru sampai dari
airport or nak ke airport…sy terus tegur driver bas mini tu, sayangnya dia
langsung tak paham broken English..yg sy faham, dia nak ke airport..tu pun
mungkin dia hanya paham perkataan airport je yg klua dari mulut sy hahahah..so
sy tanya boleh nak tumpang pun dia tak faham..jadi sy mintak bantuan driver
teksi utk translate kan utk sy, dan sy ofer dia rs150 kalau dia bagi sy tumpang
sampai airport..
Well, dari translation, dia takut nak bagi sy tumpang sb dia
drive private group, kalau sy nak tumpang gak, sy kene tanya penumpang tu
sendiri…tapi baik sy naik bus ke sana…(dia macam tak nak sy tumpang)..sy kata,
takpe sy tunggu grup yg nak ke airport tu keluar dari ramoji, nnti sy akan
mintak izin nak tumpang…dan sy nampak dia tak selesa…tapi sy buat keras hati je
tunggu kat situ…
Tapi lambat pulak group tu keluar…dan tiba-tiba driver mini
bas tu dtg kat sy, suh naik bas kawan dia, cakap “airport,airport”…so sy
ingatkan bas tu pun nak ke airport, sy terus lompat naik walaupun hati sy
saaaaaangat berat…memang patut pun kenapa sy berat hati tadi..rupa-rupanya bas
tu menghala ke LB Nagar bus station, connecting bus to airport…pastu igtkan
free dia bagi tumpang, sekali dia mintak sy rs150 daaaa….ni mesti driver tadi
bagitau kat dia yg sy bleh bagi rs150…memang la sy ada rs150 tapi kang kalau
nak ke airport lak berapa plak kene kan!sy explen kat driver bas tu sambil tunjuk semua duit baki yg tinggal (sy
tak rasa dorg paham) mintak kurang nak bagi rs50 je…tapi mungkin kesian kot,
bila sy nak turun bas, sy hulur duit driver tu menolak..alhamdulillah rezki sy
=D
Bila sampai kat LB Nagar bus station tu skali lagi sy di uji
bila sy tengok, bas ke airport rs200!!sy tak cukup rs30!! masa ni sy menjerit dalam hati, PULANGKAN BALIK rs30 SAYA NAIK AUTOSPACE RIDE TADI!!!! sobssss...sy cuba explen kat
kaunter tiket tu tapi dia menolak mentah-mentah…cissss….sy da mati kutu daaaa
bila bas ke airport bebetul di depan sy tadi berlalu camtu je…jam da kul 8
pm…cemas doh..flight sy kul 1155pm..sy bajet nak sampai ke airpot kul 9
malam..sy tanya dari LB Nagar ni ke airport dalam sejam lebih…ok cemas kuasa
lapan…tengok kat timetable, ada bas kul 830 malam…nak di jadikan cerita, bas
kul 830 malam takde okeh!!!!!
Sumpah masa ni sy sangat stress, mula la sy fikir, if I
trust my guts utk stay je tunggu group kat ramoji tu kelua, mesti sy da selamat
ke airport da ni..tapi tiba-tiba ada 1 mamat ni tegur sy..and English dia quite
good…so sy borak-borak je dengan dia (menghilangkan rasa gelabah puyuh &
sebenarnya nak pinjam dia rs30 kalau dia bagi hahahahahahahah)..pastu bila sy
bagitau sy dari malaysia, dia kata dia suka Malaysia blablabla…bila dia cakap
dia teringin nak tengok duit Malaysia, sy cepat-cepat keluarkan wallet sy dan
bagi dia duit seringgit (intro baik utk pinjam rs30)..nak tau tak, dia punye
hepiiiiiiiiiii…belum sempat sy bukak mulut, tiba tiba dia cakap dgn sy “u wait
here”…
Sy ingat kenapa…rupanya dia tahan teksi, dan siap-siap
mintak kurang utk sy…pastu, pakcik kat kaunter tu pun cam sibuk-sibuk gak
menolong tahankan teksi utk sy (tadi kau eksen kan tak bagi naik bas kau), sy
pun bagi la dia duit seringgit..(nasib baik ada banyak duit seringgit dalam
wallet sy masa tu)..tapi kenapa la tadi sy tak terfikir nak pinjam pakcik
kaunter ni rs30 n bagi je dia duit seringgit ni kan…
At last, lepas 4-5 teksi yg dorg tahan, dorang berjaya
dapatkan sy 1 teksi yg direct ke airport dengan tambang hanya rs100!!
Alhamdulillah…sy merasa lega yg amat sangat bila sy dapat naik teksi tu dan
mamat tadi tu berulang kali pesan dgn sy hanya perlu bagi driver teksi tu rs100
saje, jangan lebih…bersungguh sungguh dia…siap cam warning lagi driver teksi tu
mungkin jangan pau adik angkat dia ni…hahahahhaa tetibe je da jadi adik angkat
kan…dan sy janji gak nak bagi driver teksi tu duit Malaysia…
Sy sampai airport kul 10 malam…lepas bayar (rs100) dan bagi
teksi driver tu duit seringgit 2 keping, sy berlari ke departure hall..kat situ
jumpa balik kekawan GTCM, dan dengan baki yg ade, dapat la sy beli air kat vending machine..
Alhamdulillah saat boarding, lega rasa semua selamat &
yg paling penting sy tak kena sakit perot..hahhaa…walaupun flight delay almost
3 jam, ada abang sebelah yg owsem &
borak2, tak jadi masalah besar utk sy…
Habis la cerita utk trip Hyderabad ni…nak sambung cerita
trip ape ye pasni?huhuhuhu
KOS DAY 6 (1/9) BAKI : (rs1,050 + rs1,000 = rs2,050)
auto to ramoji film city (rs250)
ramoji film city entrance (rs900)
mineral water (rs20)
autospace ride (rs30)
makan (rs230)
t-shirt (rs450)
taxi to aiport (rs100)
jumlah kerugian tapi kebahagiaan (rs1,980)
(rs2,050 - rs1,980 = rs70)
No comments:
Post a Comment