semoga kau tak lupa kau masih ada aku....
aku tak harap aku adalah alasan di sebalik senyuman kau.
sebab aku tak pernah ingin jadi penyebab pada setiap air mata kau.
aku tak janji boleh melegakan segala apa yang kau rasa.
sebab mungkin aku tak pernah faham apa yang telah kau lalui.
aku tak mahu jadi seseorang yang menyempurnakan kau.
sebab aku bukan seseorang yang akan melengkapi kau.
aku tak mampu menjadi sumber kekuatan kau.
sebab aku tahu aku tidak setabah kau.
aku tak dapat merungkai setiap kekusutan kau.
sebab.......
aku penat nak bagi kau segala sebab.
aku letih bila aku tak boleh buat apa-apa.
aku sedih kerana aku cuma mampu berharap saje.
namun.
aku tetap berharap semoga kau tak lupa kau masih ada aku di sini...
yang jauh.yang tiada di depan mata.semoga ada juga sedikit di hati.
No comments:
Post a Comment