Assalammualaikum..
izinkan sy share tentang route Sembalun - Senaru selama 5D4N ikut dari pandangan sy..moga manfaat..
Gunung rinjani yg berdiri megah dengan ketinggian 3726 meter dari paras laut terletak di daerah lombok tengah memang menjanjikan view yg owsem..masakan tidak, orang-orang tempatan & porter & guide menggelarkannya sebagai "serpihan syurga"...
Terdapat beberapa route iaitu Sembalun, Senaru, Torean (yg
glemer), dan route dari bahagian selatan, Sesaot, Tetebatu & Pesugulan……… namun
yg selalu jadi pilihan pendaki ialah route Sembalun – Senaru.
Route yg selalu jadi pilihan pendaki ialah naik dari
sembalun dan turun ikut jalur senaru.. sebab katanya kalau ikut sembalun, kita
akan jimat sekitar 700 meter berbanding naik ikut senaru..yaaaaaa, 700 meter je
pun kan?nampak cam xde pape je 700 meter tu tapi percayalah, lepas stat
mendaki, kalau boleh skip 10 meter pun da cukup bersyukur dahhh..huhuhu..then
sampai di sembalun lawang, after register, boleh naik lorry pickup or ojek
(rp20,000) ke desa Bawaq Nao, menjimatkan
lagi perjalanan sekitar 1 jam utk smpai ke pos 1 sembalun..so izinkan sy share
pengalaman sy dalam misi menawan puncak anjani selama 5 hari 4 malam.
Route day 1
* bawaq nao ke pos 1 sembalun (9 am – 1145 am)
stat trek dari bawaq nao ni memang jimatkan masa selama 1
jam..sebab sy terserempak dgn 2 orang mamat indonesia yg naik ikut sembalun
lawang seawal jam 8 am dan kami sama-sama sampai di pos 1 kul 1130 am..
perjalanan amat melelahkan sb kawasan savannah tbentang
luas, kene plak panas terik, terasa mbakar kulit.
1st stop rest kat pos bayangan dengan mahasiswa Jakarta..belakang tu savannah yg meluas
again, pmandangan savannah…walaupun trek nampak macam landai
tapi sy seringkali bhenti mencuri nafas..barangkali teriknya matahari di
kawasan tebentang luas ni sangat memeritkan tekak dan mencurahkan keringat..walaupun
terasa macam xjauh je cuma 1 jam, tapi lepas berehat 15 minit kat pos 1 tadi,
langkah memang terasa semakin berat..berehat di jambatan betul-betul sebelum
sampai pos 2 sangat melegakan dgn pokok yg rendang & angin sepoi-sepoi
bahasa inggeris (kah!)
* pos 2 sembalun ke pos 3 sembalun (130 pm – 330 pm)
trek da stat menaik..pjalanan yg rata-rata sy baca kat blog
cuma sejam atau paling lambat sejam setengah jadi 2 jam..mostly pendaki akan lunch
kat sini..sama ada masak or tapau siap-siap dari bawah.
* pos 3 sembalun ke plawangan sembalun (430 pm – 10 pm)
selepas pos 3 sembalun ni memang korg akan berhadapan dengan
erti penyesalan. Sy pun tak terkecuali.. hampir setiap 3 langkah sy akan
berhenti lepaskan rasa mengah yg sangat menyeksakan..tanjakan yg takde belas
kasihan tu seolah-olah tak kan habis..malam plak lebih mnyeksakan kan coz trek
nampak hampir sama..gambar2 sepanjang perjalanan 1st day ni banyak kat handphone sy..tapi just before sampai kat plawangan sembalun, hp sy hang..so gambar tak tau la dapat dselamatkan ke tak..if lepas repair nanti ada gambar, sy akan letak kat sini..
Tips day 1
* porter
kalau boleh, hire la porter..memikul beban sebanyak 17.7kg
di bahu sumpah tak best rasa…dan itu memang akan melambatkan pergerakkan..
* bekalan air
macam sy cakap, terik savannah mmg perlukan kita minum air
lebih..tekak akan jadi sangat kering..dan sumber air hanya ada di pos 3 tapi
agak jauh..sumber air di pos 2 lak macam kotor je sy tengok tapi ada je sy
nampak porter yg tadah masuk botol..
* tisu basah/tisu kering
selama 8 ke 12 jam pendakian, mustahil la kan takde langsung
nature call..huhuhu..di sini penting nya tisu basah, tisu kering, atau kitchen
tisu pun boleh la kalau da terdesak sangat…(semoga tak melecet..KAH!)
* camp di pos 3 sembalun
jika sampai di pos 3 sembalun dah pukul 3 atau 4 petang, its
better kalau kita bermalam di pos 3 saja. Sebab nya jika kita masih teruskan
perjalanan ke plawangan sembalun, kita takkan sempat sampai sebelum malam. (kecuali
kalau boleh lari naik di tanjakan penyesalan hingga ke plawangan sembalun)….Pendakian
waktu malam sangat la tak digalakkan.
* head lamp
headlamp yg terang benderang amat penting kalau-kalau
terpaksa gak mendaki malam hari..headlamp yg sy gunakan masa tu biasa-biasa je
so sy seringkali berhenti utk memastikan sy berada di trek yg betul..so
pendakian sy ke plawangan sembalun jadi semakin lambat..tapi kalau boleh
elakkan, elakkan la ye…
Route day 2
* plawangan sembalun ke puncak anjani (10 am – 445 pm)
sy bahagikan route ke
puncak rinjani ni kepada 3 fasa..
1) phase I (10 am – 12pm)
fasa pertama ni da stat mendaki hampir 90 degrees vertical..plus
pasir 5 langkah ke atas 3 langkah turun ke bawah..serius time ni kalau mental
tak kuat kita akan give up.. sy pun sama, memang give up..bahang pasir je da
cukup buat sy sangat stress..tapi di penghujung trek fasa pertama ni kita akan
di sajikan dengan view danau segara anak..subhanAllah…sangat mengagum
kan..hilang rasa give up yg bersarang kat kepala sepanjang 2 jam tadi sebab da
terbayangkan owsem-ness view kat puncak, perasaan cepat-cepat nak sampai puncak
anjani mcm da tak tertahan lagi…
2) phase II (1230 pm – 245 pm)
fasa kedua ni agak relax namun memang terasa ia saaaaaaangat
panjang…walaupun trek nya masih berpasir tapi agak mendatar berbanding fasa
pertama tadi..masa ni jangan mintak ade rasa nak terkencing ke ape ke..takde
celah yg terlindung kau nak mencangkung ahahahahaha…
3) phase III (245 pm – 445 pm)
fasa ketiga ni, akan buat kau bercakap dgn diri sendiri
“kenapa la aku menyeksa diri sendiri camni..kan bagus time ni aku tengah tengok
wayang”…damn! Mendaki 3 langkah turun pula 2 langkah..berapa kali sy rasa nak
pitam..tapi langkah terus di atur di trek yg berpasir & debu yg menggila
* turun dari puncak ke plawangan sembalun (530 pm – 730 pm)
1) phase III (530 pm – 6 pm)
turun memang best..guna tumit utk mengelakkan jatuh
tersungkur..tapi berapa kali gak sy jatuh terlentang terduduk..but I think its
better dari jatuh tersungkur & silap-silap terus ke gaung..
2) phase II (6 pm – 7 pm)
trek ni masa nak turun jadi sgt licin..bersedia utk jatuh
terduduk bila-bila masa..masa kat trek fasa kedua ni sy dapat view sunset yg
sgt laaa owsem…
3) phase I (7 pm – 730 pm)
lalu kat trek ni da gelap..so xnampak apa…hanya bergantung
dgn headlamp so extra becaful coz turunan mencuram hampir 90 degrees..
Tips day 2
* waktu sesuai ke puncak anjani.
Selalunya pendaki akan mendaki ke puncak seawal jam 2 atau 3
pagi utk view sunrise walaupun tak di puncak..tapi yg paling penting, view
segara anak dari puncak jika mendaki awal pagi memang sangat-sangat
amazing..tapi selain dari factor tak larat (sebab sampai di plawangan sembalun
jam 10 mlm) dan tak tahan sejuk yg teramat, sy memutuskan utk naik ke puncak
pukul 8 pagi tapi terlewat bangun so start 10 pagi..sayangnya sampai puncak
waktu petang sy tak dapat view segara anak…agak mengecewakan tapi takpe lah..da
sampai puncak…alhamdulillah..tapi sy dapat view sunset yg lawa gile masa nak turun..
sunset mt rinjani
* bekalan air
masih bercakap betapa pentingnya bekalan air utk ke puncak
terutama waktu siang di mana matahari betul-betul terasa seolah-olah atas
kepala..berapa orang yg sy jumpa masa naik ke puncak telah kehabisan air.. sy
jenis yg tak kuat minum air.. sy bawak 4liter air dan Alhamdulillah dapat
kongsi dengan pendaki-pendaki yg memerlukan spanjang perjalanan naik dan turun.
2 liter air dsandang kat belakang (dlm beg merah)
2 liter air lagi di sangkut kat depan (tiub warna biru)
utk kekalkan tenaga & elak rasa lapar sebab penat dan
cuaca sejuk kat atas tu..
* ubat-ubatan
sy alami sakit kepala masa kat trek fasa pertama lagi tapi
lupa bawak ubat..nasib baik sy ada bawak minyak angin…tonyoh sana sikit sini
sikit, just nasib baik sakit tak lama…so penting utk bawak ubat tahan sakit
& minyak angin atau counterpain…
* makan sebelum mendaki puncak
tolong makan! Sy konon xnak makan banyak takut nnti xlarat
nak naik…ye betul, masa naik memang tak fikir lapar sebab terlalu penat &
fikiran focus kat puncak… tapi bila on the way turun tu, lapar tahap berlobang
perot nix yah cerita laaaa…
* masker/cap/sunglases
masker penting buat tutup hidung & mulut dari debu yg
meng-crazy…cap n sunglases plak sebab perit silau naik ke puncak dengan
matahari terik..sebab tu gak kot sy kena sakit kepala..
route day 3
* plawangan sembalun ke danau segara anak (230 pm – 6 pm)
trek berbatu yg amat la extreme..sy bayangkan camne la yg
naik dari segara anak ke plawangan sembalun…turun pun seksanya 4 jam…so I guess
kalau dari naik dari segara anak ke plawangan sembalun mungkin 8 jam
kot..seksanya!!!batu besar bas goreng tepung!
Selepas sampai di jambatan ke berapa tak ingat..(tapi tandanya
ada lubang kat tengah-tengah jambatan tu - tengok gambar) jalan dalam 400 meter akan jumpa trek
menaik berbatu besar sebelah kiri…kat sini trek yg selalu pendaki
menyasar…sebab kat situ kita akan nampak 3 trek, trek terus sangat jelas so
memang kita akan ingat tu jalan yg betul..1 lagi trek ke kanan pun jangan ikut
ye guys..sebab trek yg betul adalah trek memanjat batu tu..kalau perhatikan
bebetul baru nampak sedikit tanda.
jambatan ni
So pastikan ikut laluan yg berbatu di sebelah kiri anda tu
ye…lepas panjat batu tu, da nak sampai dah dalam sejam lagi…
end of trek plawangan sembalun ke danau, sebelum jumpa camp site segara anak
Sampai danau, turun ke kiri lebih landai dan dekat dgn gigi
air & view terus mengadap anak rinjani, gunung barujari..cuma area situ
agak crowded dgn pemancing..kalau ke kanan naik lagi ke atas agak jauh dari
gigi air tapi kurang sikit orang camping kat situ..nak lagi best,jalan terus
ikut trek sampai hujung, takde orang sangat…so kalau nk privacy, situ tempat
paling sesuai..
hujung camp site segara anak, less people, more privacy
memilih camping celah-celah orang & bebetul view gunung barujari (cuak la gak tengok asap dia yg obvious sangat tu huhuhu)
Tips day 3
* things that u carry
kalau bleh elakkan bawak/sandang pape kat depan..tapi macam
xberapa boleh nak elakkan je kan sb sy bawak beg 40 liter & camelbak water
tube 2 liter..kat sini lah perlunya porter sebenarnya…sebab percaya lah, memang
agak sukar nak turun batu-batuan tersebut dengan beg segala macam tu..tapi bila
tengok porter bawak barang-barang, memang kagum weh..
* joran
jika anda pemancing, wajib la bawk joran..ikan sini sangat
banyak ok…kat gigi air pun bleh tengok anak-anak ikan…rasa nak tuba je
hahahahaha…tu sebab sy sengaja camp kat sebelah kumpulan anak-anak jati Lombok
yg da duk kat situ 3 hari semata-mata nak memancing…bleh pinjam joran…umpan
sosej dan sy dapat ikan besar tapak tangan weh
Route day 4
* segara anak ke plawangan senaru (1 pm – 4 pm)
trek yg menanjak vertical..trek batu dia memang extreme utk
newbie cam sy ni..seringkali sy tertanya pada diri sy, mampu ke sy panjat
dengan beban beg ni..serius dengan rasa kaki makin tak kuat, tenaga
berkurangan, batu-batu tu sangat sukar bagi sy..
* plawangan senaru ke pos 3 senaru (5 pm – 730 pm)
actually perjalanan menurun dari plawangan senaru ke pos 3
senaru hanya makan masa sejam atau sejam setengah.. tapi sy bersama dengan
mahasiswa dari Jakarta yg cedera (Eva), jadi sy pun tak sampai hati nak biarkan
dia sorang-sorang dalam hutan senaru waktu malam..
kat trek ni 1st time sy tengok porter pun
terjatuh…sy?tak payah tanya..jatuh tertiarap sampai berdarah bibir..trek
berpasir licin,memerlukan kaki kita grip dengan kuat…tapi lepas hike 3jam dari
segara anak naik ke plawangan senaru, kaki da tak mampu nak grip dengan kuat
lagi…hujung jari sakit, kuku rasa nak tercabut..so redha je bila terjatuh..just
pastikan tak kena batu atau terus ke gaung..tu je mampu masa tu…
p/s = 1 lagi pilihan kalau rasa tak nak mengadap menanjak vertical
ke plawangan senaru ni ialah turun ikut jalur torean, n boleh camping kat gua
susu..tapi jalan tu khabarnya ektreme dan tak ramai yg ikut lalu situ…(hasil
risikan dan bertanya kat anak-anak jati Lombok kat khemah sebelah) – nasihat mereka,
lebih baik ikut jalur senaru, biar menanjak pun tapi kiranya masih aman kalau
nak dibandingkan dengan jalur torean…
tips day 4
* bekalan makanan
sy tak terfikir pun tentang ni tapi memang nasib baik sy
masih mempunyai sebungkus roti tawar & sepeket mayonis..sejam hike, nikmat
roti tawar dengan mayonis tak dapat nak di bayangkan…ia sangat
membantu..percayalah!
makan sambil tengok view camni, ah lupa segala masalah weiiiii
* malam di hutan senaru
cerita ni sy tak nak dengar masa budak-budak mahasiswa ingat
mengingati antara satu sama lain…sy tau mesti benda yg seram-seram..nanti sy
akan over takut…cuma kalau terpaksa berjalan di waktu malam dalam hutan senaru,
better berkumpulan..tu salah satu sebab gak kenapa sy tunggu Eva dan 2 orang
lagi kawannya tu…jangan pentingkan diri..masa ni kita akan memerlukan antara
satu sama lain
Route day 5
* pos 3 senaru ke senaru basecamp (930 am – 12 pm)
trek hutan & berakar..best..buatkan perjalanan turun ni
sy berlari..ye, berlari..sebab sy pakai kasut yg lembut & takde preasure
kat kaki so tu yg buat sy boleh berlari turun ke bawah..no wonder hampir semua
porter pakai seliper jepun…ada yg siap berkaki ayam lagi..selesa is the main
key..
tips day 5
* kasut
macam yg sy cakap, sebab sy amik keputusan pakai kasut
lembut berbanding hiking boots, buatkan sy sangat selesa berlari turun..tak
larat dah nak pakai hiking boots, jari & kuku kaki dah sakit yg teramat..so
I think it’s a good idea if bawak kasut ekstra..or mungkin teva sandal ke..
CHECKLIST MY ITEMS
* tent & sleeping
bag
* day pack for summit attack/water bag
* headlamp/tent lamp/blinking lamp
* half glove/ full glove
* cap/snow cap/neck warmer/masker/sun glases
* sweater/raincoat/long john
* towel & good morning towel
* hiking boots/extra shoes/extra socks
* toiletries
* kitchen tisu/toilet tisu/wet tisu
* stove & gas yg secukupnya
* peralatan masak & makan
* peralatan masak & makan
* pocket knife
* ubat-ubatan (pain killer/flu/counterpain/sakit perut)
* makanan yg cukup sepanjang 5 hari 4 malam
* makanan ringan
* kamera